Free Delivery on all Books at the Book Depository

Monday, March 24, 2008

The restless mind

Your mind is in a restless state, which only travel could satisfy


Kata fortune teller aku melalui fortune cookies semalam. Aku mengadakan sedikit majlis makan malam liar menyambut ulangtahun diri sendiri. Dah lama sebenarnya tarikhnya, tapi kata orang dulu-dulu, biar lambat asal selamat.

Ahli majlis senat 6 orang; orang rumah aku mestila kena bawak sekali, Khairyn, Mimi, Sue dan Leyha. Bertempat di Lemon Tree (makanan Cina), kami berkenduri sakan. Pertama kali mengunjungi kedai makan tu, sudah dibuat bagai rumah sendiri. Makan dan borak-borak seolah kedai tu ditempah untuk kami berenam saja. Oh, ada sedikit kelecehan kedai ni. Hanya wang tunai diterima untuk bayaran, selain makan luar tak dibenarkan dibawa masuk. Kalau agak-agak nak masak sendiri sila makan di rumah saja, atau gi berkelah di Glasgow Green huhuhuhu

Lepas 2 jam, orang pun dah makin ramai. Takkanla nak sembang macam kat kedai mamak pulak kan. Khairyn cadangkan aku dan orang rumah pi rumah dia untuk menyambung sembang, lagipun malam masih muda. Tapi orang depan aku dah pandang semacam je, tanda tak mau la tu huhuhu. Terpaksa ler ikut kata orang rumah, kami berpisah di depan kedai selepas membaca ramalan tuah masing-masing. Macam kena je dengan setiap orang yang dapat tu. Tapi janganlah dipercaya sangat akan ramalan tuahmu itu Khairyn, walaupun aku tiada sebarang halangan untuk bawak ko ikut serta dalam pengembaraanku mencari ketenangan minda itu. Mimi, Khairyn dan Sue katanya ikut Leyha balik, aku pulak terus balik rumah walaupun bertentangan dengan kehendak hati, sabar sabar sabar je la...

Friday, March 21, 2008

Di mana kan kucari ganti

Mary tanya lagi sama ada dah jumpa ke tak orang untuk ganti tempat aku. Adeh! Payah sungguh la makcik ni. Mana nak cari pekerja yang rajin dan dedikasi cam aku ni. Species hidupan terancam.

Bukan tak mau tolong carikan pengganti. Tapi si Mary ni cerewetnya ya ampun. Aku pun sejak kerja dua kali dia buat inspection, dua-dua kali tu jugak aku fail. Tapi boleh la dipertimbangkan sebab masa tu aku tengah buat kerja 2-3 orang. Nak minta kerja pun cerewet jugak. Orang lain cuma minta nama, alamat dan nombor telefon referee, dia minta surat siap dengan letterhead. Ingat senang ka orang Malaysia nak dapat dua surat sokongan dengan letterhead tu. Tambah-tambah kalau yang datang menemani pasangan tu. Mana mau cari surat sokongan rasmi tu. Lainla kalau dia terima surat sokongan yang ada kepala surat daripada alif, mim, nun, wau - sarkis hehhehe.

Kata si Canny sebelum dia masuk kerja, ada kawan dia yang pernah kerja di Dental Hospital jugak. Tapi tak lama, budak tu lari sebab tak tahan dengan beban kerja. Kawan dia memang dah bagitau awal-awal kerja di situ memang banyak sangat. Oh, patutla dia kagum sungguh bila tau aku dah setahun lebih kerja di situ.

Aku pun bercerita kat Canny. Memang la, kerja tu memang teruk sikit. Kalau kerja biasa satu hari 3 jam, dimulai dengan kutip sampah, lepas tu hoover, sapu, bersihkan abuk, mop dan cuci tandas. Kalau kena cuci makmal lagi la, kena scrap buang wax yang derang guna kat meja, lantai pun ada. Kalau klinik pulak lagi leceh sebab pesakit datang hari-hari. Cuci tandas pulak kena buat semua sampai ke tingkap, soap dispenser, towel dispenser dan paip pun kena bersihkan habuk. Dah tu nak kena bersihkan bilik kerusi meja pun kena jaga. Buffing pulak kena buat selang sehari; Isnin, Rabu dan Jumaat.

Yang teruknya kalau kena ganti orang lain yang cuti ataupun bila staf tak cukup, kerja jadi berganda, masa tetap 3 jam. Mau tak pengsan aku. Kalau kena buat tingkat 8 dan 9, sakit kaki aku bila kena sapu tangga, dah la setiap tingkat ada dua tangga, jalan kutip sampah pun kena pantas sebab banyak pulak bilik nak kena masuk. Lagi kena mop lantai sepanjang-panjang koridor dengan tangga. Jadi, secara keseluruhannya kerja di situ memang lah siksa. Staf lain dah tentulah tak tau masalah unit domestik yang sentiasa kekurangan staf, jadi expectation derang macam kita ni kerja dengan jumlah staf yang mencukupi. Kalau tak puas hati memang kena komen la. Sebab tu tak ramai yang tahan. Kebanyakannya datang dan pergi silih berganti. Budak-budak tempatan mana tahan kerja teruk. Budak-budak sini pun ala-ala budak tempatan di Malaysia la. Apa kelas mau kerja teruk, kita kan ada hak istimewa. Bezanya sini takdak hak istimewa tapi dapat benefit kalau tak bekerja atau ada anak. Kebanyakan yang jadi staf tetap pun dah veteran belaka. Yang semuanya dah malas nak cari kerja tempat lain.

Masa mula-mula kerja dulu rasa nak berenti pun ada. Tak tahan dok scrap meja dan lantai, nak kena sapu dan mop lagi. 5 makmal pulak tu. Seminggu dua tu badan memang sakit-sakit, tangan dah kematu. Kalau tidur tu tangan takleh nak gerak-gerak dah. Ada jugak aku mengadu pada Kakji, Tetah dan Kak Fah. Hahahahah biasa la kan dah ngadu mesti la depa suruh berenti saja. Ikut hati memang nak berenti, tapi mengenangkan aku kerja di situ pun dengan recommendation Baha, tak sampai hati nak memburukkan nama Baha secara khususnya, dan Malaysia secara amnya, ahaks. Aku siap kirim losyen susu kambing kat Kak Fah, buat pemanas urat dan otot tegang. La ni 3 botol losyen pun dah nak habis, minyak kapak botol besar pun dah habis separuh, krim otot yang aku beli kat sini pun dah habis. Tak sangka pulak aku boleh bertahan sampai la, Baha sendiri pun kagum sebab dia pun keja tak lama di situ. Bila nak berenti rasa berat pulak, sayang duit gaji tu la yang utamanya, bukan senang nak dapat sebanyak tu seminggu. Lagipun yang aku suka keja di situ adalah suasana keja. Manager dan penyelia yang memahami. Kawan-kawan pun takdak masalah.

La ni satu masalah aku yang sepatutnya bukan masalah aku adalah nak cari pengganti. Kata Mary orang Malaysia yang penah keja yang dia setakat ni semuanya rajin-rajin dan dedikasi. Jadi dia berharap sangat aku dapat cari pengganti orang Malaysia jugak. Adoi la......

Thursday, March 20, 2008

Dua budaya

Mereka di sini ada masa sangat mesra dalam reserved walaupun sifat individualistik sangat konsisten. Dan sifat ni sangatlah berbeza dengan kita di malaya sana. Mula-mula nampak sombong, bila dah kenal mesra, tapi ada masa menyibuk pulak.

Kalau pagi-pagi terserempak dengan sesiapa di flat, terus saja bertukar salam pagi sambil bertanya kabar, dan seterusnya mengulas keadaan cuaca semasa. Dan dua orang yang bertukar salam pagi tu sebenarnya langsung tidak mengenali antara satu sama lain.

Masa mula-mula aku kerja di GDHS, derang cuma tau nama aku saja. Itupun bukan sebutan yang betul, tapi aku ni jenis tak kisah. Asalkan aku tau nama aku yang dipanggil. Aku bergurau, bersembang dan bergelak tawa, tapi takdak sapa pun yang tanya umur aku, asal dari mana, tinggal di mana, bujang atau dah kawin, dan pelbagai soalan lain yang biasa ditanya pada hari pertama berkerja di Malaysia. Oh, bukan setakat di tempat kerja, di kedai cuci kereta pun ada yang menyibuk.

Lepas sebulan ditugaskan membantu Margaret di tingkat 4, baru dia bertanya sama ada aku ada buat kerja lain selain di situ. Aku bagitau dia aku masih belajar di universiti. Dan terhenti di situ. Lebih banyak bertukar pandangan tentang kerja, dia banyak menasihatkan supaya jangan terikut dengan Angela yang suka curi tulang. Aku biasanya tak banyak menokok tambah, cuma mendengar dan mengiyakan saja nasihat Margaret. Lama lepas tu baru dia tanya sama ada single, live in ataupun dah kawin. Tu pun sebab aku bagitau aku nak bercuti ke Belanda. Dia tanya jugak aku nak bercuti ngan sapa, aku cakap dengan kawan. "Your partner?" hohohoho aku cakap kawan biasa. Kalau cakap girlfriend kang lain pulak fahamannnya.

Masa Boom dapat duit dan hadiah krismas, bila derang tanya macam mana dia boleh dapat sedangkan orang lain tak dapat, Boom saja je jawab dia selak-selak baju hahahahahah. Di sini pun ada kasta pekerja, kalau domestik ni macam tahap bumi lapis terbawah gitu, paling rendah. Jadi staff domestik tak beramah mesra sangat dengan orang lain. Sebab tu kalau masa kerja, kalau masuk ke pejabat atau klinik yang masih ada orang, staf domestik yang tempatan biasanya ketuk pintu, cakap hai/hello dan terus buat kerja. Jadi nampak macam tak mesra pulak. Tapi kalau pekerja asing(pendatang asing dengan izin -PADI)macam aku dan Boom pulak lain, kami mesra menyapa dan bersembang. Saja nak tingkatkan penguasaan bahasa. Margaret tingkat 6 sendiri pun mengakui yang dia memang takde nak senyum-senyum, serius saja waktu buat keja. Agaknya sebab tu Boom boleh dapat kad dan hadiah, dia pulak tak dapat apa-apa walaupun kerja di tingkat yang sama. Bila aku pulak yang dapat hadiah, Margaret cakap mesti aku buat macam Boom jugak, selak-selak baju. Aku malas nak cakap apa, gelak saja. Ada sekali masa dalam lif, selain daripada staf domestik ada sorang daripada bahagian maintenance naik lif sekali, kebetulan ke tingkat sama ngan aku. Margaret kat belakang aku terus bergurau dengan selambanya cakap aku suka la mamat tu temankan aku kerja, pastu dia cakap muka aku dah merah-merah. Hoh, ntah apa-apa ntah dia ni. Aku cakap "I don't care, it's Wednesday." Dan Margaret pun gelak. Relevan ke tak ayat tu tak penting hahahahhaha.

Dalam bergurau tu tak banyak sebenarnya hal peribadi yang disembangkan, dan sampai hari ni pun aku tak tau sama ada Margaret ni single, live in together ataupun sudah berkahwin. Rumah dia pun aku tak tau di mana.

Tapi kadang-kadang terkeliru jugak aku. Nak kata kenal lama baru mesra, ada jugak yang tak kenal lama tapi dah mesra jugak. Dulu aku pernah ke kedai ikan, masa nak bayar tu aku nampak pak cik yang jaga kaunter tengah bersembang dengan orang depan aku. Rasanya pelanggan tetap la kot. Siap pakcik tu pegang tangan masa nak bagi baki duit tu. Bila sampai giliran aku, pak cik tu pun bertanya khabar jugak "Hello love, you alright?" Errkkk tapi dia pegang tangan aku yang sedang menggenggam duit. Aku menjawab seadanya terus bagi kertas harga dan duit. Masa nak bagi baki pun nak pegang tangan jugak. Aiyohhhh mesra sangat la pulak. Aku buat andaian memang pakcik ni mesra dengan semua orang la kot. Tapi lepas tu aku tanya Vee yang turut sama membeli ikan, ada tak pakcik tu pegang dia tanya khabar. Vee kata takdak pun, jual beli macam biasa saja. Dan hasil siasatan aku pada orang lain yang pernah membeli di situ, takdak pulak pakcik tu buat camtu pada derang. Erkkk muka aku ni agaknya macam salah sorang pelanggan setia dia ke....

Wednesday, March 19, 2008

Geli Mat

Hari ni baru aku faham apa dikatakan Geli Mat dek bebudak forum ni. Selama ni ingatkan ceritera rekaan semata-mata.

Timbalan Menteri di JPM

Aku ngan dia ngaji di sekolah yang sama walaupun berlainan batch. Rasanya cikgu-cikgu pun kebanyakannya yang sama jugak sebab kebanyakan adalah para veteran. Klip video ni tak bertarikh, tapi aku sangat yakin klip ni tidak mengalami sebarang proses penyuntingan hingga menjejaskan keasliannya. Sapa yang sesat dalam cahaya pun aku tak tau, tapi aku yakin teori yang dia sebutkan tu bukannya dipelajari di sekolah kami.

Tuesday, March 18, 2008

Kekacang tentang kerja

Kedua-dua Margaret bersembang tentang belanjawan yang baru dibentangkan. Tentang gaji, cukai, pencen dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Margaret muda merungut sebab dia dah tak larat nak kerja. Rasanya dia ada anak 2 orang. Tak kerja takde la duit menyara anak-anak. Bila nak kerja lebih cukai pula meningkat. Bila kerja lebih daripada 16 jam seminggu dah hilang kelayakan untuk dapat benefit sewa rumah, maknanya sewa rumah kena bayar penuh. Tapi dengan gaji kerja 16 jam seminggu pula tak cukup nak menyara keluarga walaupun katanya partnernya pun kerja jugak.

Kata Margaret senior pula macam tu lah kerajaan menghimpit golongan bawahan Dah kena potong cukai, kena potong jugak untuk tabung pencen. Kalau tak menyimpan tabung pencen nanti bila pencen takde duit pulak. Buat masa ni umur pencen di sini adalah 60 tahun, khabarnya akan dinaikkan lagi hingga 68 tahun menjelang 2050. Ini kerana jangka hayat penduduk yang semakin panjang, takut tabung pencen tak dapat menampung pembayaran la kot. Lambat lagi la nak boleh berehat-rehat di rumah sambung Margaret senior lagi. Dia ni memang berjiwa pemberontak, katanya tak pernah mengundi sebab mana-mana pihak yang menang pun takkan mengubah keadaan hidupnya. Aku dapat rasakan dia mesti tak sabar-sabar nak pencen dan berehat-rehat saja di rumah sebab dia memang jenis yang suka duk rumah saja. Cuti hujung minggu pun duk rumah, cuti-cuti tahunan pun dihabiskan dengan tidur dan berehat di rumah saja.

Aku pun menyampuk perbualan bagitau di Malaysia umur persaraan 55 tahun, boleh dilanjutkan ke 56. Dua-dua terkejut dan cakap beruntungnya rakyat Malaysia tak payah bersusah payah kerja sampai ke tua. Margaret senior cakap seronok kalau dia duk di Malaysia, dah boleh pencen dan rehat-rehat di rumah. Di sini dah tua-tua pun kena kerja lagi. Jimmy si porter tu tahun depan akan pencen, tak payah la dia bersusah payah kerja lagi.

Tu lah dia. Yang di Malaysia minta dilanjutkan, yang disini pulak berharap dapat pencen awal. Hakikatnya bukan semua yang dah pencen tu mampu bersenang lenang di rumah. Ada yang duit simpanan pencen habis dalam masa beberapa tahun saja lepas pencen, jadi terpaksa kembali bekerja. Ada jugak yang jiwanya dah sebati untuk berada di luar rumah, terasa canggung pulak kena duduk rumah jadi golongan ni pun masih bekerja lepas pencen.

Kalau di kampung-kampung, istilah pencen ni rasanya takdak kot. Ramai saja yang melebihi umur pencen masih meneruskan keja macam biasa. Orang yang meniaga pun sama. Lagipun takkan lepas pencen nak makan tidur saja di rumah, atau melepak-lepak main dam sambil membincangkan isu-isu semasa di kedai. Baikla digunakan masa untuk buat amal jariah untuk kemaslahatan ummah. Sudahnya, takdak jugakla pencennya.

Jadi, agaknya kita cuma pencen kerja bila kita berada di bawah sana. Betul la bagai dikata, kerja sampai ke mati.

Harga sebuah populariti

Aku semakin yakin dengan keputusan aku untuk tidak mencari populariti dan glemer haram. Ingatkan Irish International Universiti saja yang scam, rupanya ada lagi yang lain.

Kali pasal MB Perlis. Baru saja angkat sumpah petang Isnin 17 Mac 2008. Aku memang sejak namanya disebut-sebut aku terus bertanya sama ada dia ni bekas pensyarah ke. Memandangkan berkelulusan PhD, dan biasanya di Malaysia ni yang selalunya belajar sampai Pandai habis Dah ni adalah pensyarah yang dipaksa oleh universiti masing-masing untuk belajar demi memenuhi keperluan akreditasi. Pernah dengar Newport University Malaysia? Aku tak pernah dengar, aku cuma pernah dengar Nottingham, Monash dan Swinburne yang buka kampus cawangan di Malaysia.

Gambar para graduan dari Newport University Malaysia disini.

Disini pulak blog yang bercerita tentang kesahihan ijazah tersebut.

Dan aku cuba merayau di laman web interaktif JPA, mencari senarai nama universiti yang menerima akreditasi JPA/LAN.

Kalau ditengok senarai nama graduannya, ada beberapa nama yang aku kenal. Malangnya fail pengiktirafan kelayakan JPA tak tau pun pernah pasal universiti ni. Tapi rasanya hal ni akan tenggelam macam tu saja nanti.