Hari tu aku nak buka akaun simpanan Air Asia kat CIMB. Saja la konon-konon, nak buat tabung melancong, duit terus simpan situ. Lepas siap buka akaun, pegawai tu tanya la aku penah ada akaun dak dengan CIMB. Aku pun dah lupa. Mula la buka cerita kan. Dulu ada akaun BCB Islamic, pastu bila depa buka Bank Mualamat, semua akaun BCB Islamic pindah ke sana. Sebelum daripada tu, penah jugak buka akaun BBMB zaman tok nadok dulu di Lumut. Yang BCB tu buka di Bangi.
Rupanya sistem dia masih ada rekod aku ada kad ATM, jadinya tak boleh nak buat kad lagi sebab kena batalkan kad lama. Dia tanya la aku buat ATM kat mana, kad warna apa. Aiyoh! Mana la aku nak ingat peristiwa silam tu. Rasanya hijau la kan. Aku rasa yang Bangi la kot, sebab masa buka kat Lumut tu aku belum sekolah lagi pun. Duit dalam tu pun agaknya dah masuk akaun wang tak dituntut kan... Kad takleh buat lagi, minggu depan katanya baru boleh buat. Sebab kena minta cawangan utama batalkan kad yang aku tak ingat buat kat mana tu. Tapi kena 2 kali jugakla berulang nak ambik kad, sebab lepas tu aku pi, kad dah batal tapi masih takleh buat yang baru. Sangat leceh!
Minggu lepas jugak aku kena telefon call centre muamalat sebab terlupa password online banking dia. Ya la, mana nak ingat, banyak sangat password dia. Dah tu kalau nak buat yang baru dia tak terima pulak yang sebelum ni kita penah guna. Tak beruban kepala nak memikirkan password yang ada huruf besar, ada simbol, ada nombor bagai? Lagi buat yang baru, lagi la lupa. Tulis pun terlupa nak update hahahahaha!
Tu belum kira aku sangkut dengan maybank2u bulan lepas sebab salah jawab security questionnya. Ketiga-tiga salah. Adoila! Kena telefon jugak la call centre hahahaha! Hangpa boleh ingatka semua password online banking dengan credit/debit card?
Hah, dulu penah jugak masa nak minta TAC kat Maybank. Sebab kalau kat obersi nak minta TAC kena telefon kan. Ada la soalan keselamatan yang kena jawab. Dia tanya nombor akaun, nombor kad pengenalan ok lagi. Sekali dia tanya nombor telefon, salah jawab daaaa... Aku tak ingat nombor telefon yang aku pernah bagi kat bank. Dia tanya alamat pun salah jawab hahahahaha! Sebabnya aku tak ingat alamat dan nombor telefon dalam rekod bank tu yang mana. Ya la, bukak akaun tahun 1995 lagi tau. Biasalah, orang banyak rumah memang macam tu. Sampai budak tu cakap, "Puan, saya rasa elok Puan letak telefon dulu dan ingatkan balik maklumat yang saya tanya tadi. Saya bagi 7 soalan, Puan patut kena jawab dengan betul sekurang-kurangnya 4 soalan. Tapi Puan tak boleh jawab banyak ni." Hahahahaha! Sadis betul! Sudahnya kena merayu sebab aku dah malas nak telefon lagi, aku cakap la ada 2 alamat tak pasti alamat mana. Nombor telefon pun banyak. Kena sebut satu persatu. Nak pingsan dibuatnya.
Tu la, soalan-soalan keselamatan dengan password unik bagai ni, elok jugak la. Tapi bila dah lupa tahap gaban, dah menyusahkan la pulak. Boleh pingsan huhuhuhu
Friday, November 25, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)