Free Delivery on all Books at the Book Depository

Friday, April 22, 2011

Tentang makan

Aku, kalau makan nasi biasanya akan makan sayur dulu. Lepas tu nasi dengan kuah, yang terakhir baru makan lauk daging atau ikan. Orang lain macam tu jugak ka? Aku pun tak tau pasai pa. Ada masanya tabiat ni menyebabkan kekeliruan kepada orang lain.

Ada sekali tu makan nasi lauk apa ntah tapi ada telur masin la. Aku punya tabiat makan telur masin pulak ialah makan yang putih dulu, hancurkan dan gaul dengan nasi atau campurkan dengan kuah. Kuning telur kan biasanya tak berapa masin, jadi aku biasa ratah lepas abih nasi. Kakak aku ni, makan sekali masa tu. Terus dia ambik telur kuning tu. "Adik tak makan ka? Kak ambik la." Terus masuk mulut pulak tu. OK, walaupun bengang masa tu, malas nak layan. Telur masin saja pun.

Hari lain, aku dan member serumah beli nasi goreng kat pasar malam. Ala, nasi goreng kawah tu la. Dalam tu ada la sikit sayur campur, kek ikan dan udang. Nasi dimakan, tapi kek ikan dan udang diasingkan. Ni macam pergerakan tangan secara otomatik, di luar kawalan aku huhuhuhuhu...

Tiba-tiba kawan aku hulur tangan ambik udang. "Ko tak makan kan? Aku amik ye." Terkebil-kebil sekejap aku macam blurr. "Eh, aku makan la. Apesal tak makan pulak." OK, dia letak balik. "Hihihihihi..Ingat kan tak makan sebab letak tepi."

Lepas tu sorang lagi kawan aku menyampuk, "Dia memang makan macam tu la. Tu la sapa suh asing-asingkan lauk lagi. Kan orang dah ingat tak makan. " Erk! Pelik sangat ke? Sebenarnya tak sedar pun. Dan aku pun tak tau tabiat bermula sejak bila. Kalau letak banyak-banyak lauk pun, aku akan tetap makan asing-asing. Kalau letak banyak-banyak lauk dalam pinggan pun, tetap akan makan satu persatu. Jadinya, kalau ada nasi goreng ayam atau lauk-lauk, aku habiskan nasi dulu. Lauk makan kemudian. La ni kalau tak hilang kesedaran aku memang cuba elakkan tabiat save the best for last ni. Rugi. Takpun aku makan lauk dulu baru makan nasi huhuhuhuhu...

Kalau makan beger, biasanya makan salad dulu dengan jeruk timun. Lepas tu roti. Lepas tu baru dagingnya. La ni dah boleh makan sekali, tapi ada masa tak sengaja juga dimakan asing-asing.


Anak menakan aku pulak, setiap kali makan cuma akan makan satu lauk. Jadi kalau senduk nasi tu dia sendukkan sikit-sikit saja. Kalau ada ayam goreng, tomyam dan ikan goreng maknanya dia akan makan 3 kali. Round 1, nasi dengan ayam goreng. Dah abih tu tambah nasi lagi, makan ngan tomyam pulak. Pastu tambah lagi, nasi dengan ikan goreng pulak.

Errrr....it doesn't run in the family, does it?

Saturday, April 16, 2011

Apa kelas?!

People will never fail to astonish me. Aku perati ramai yang obses betul dengan barang-barang yang branded. Lepas kat malaya pulak ada lagi satu obses, obses dengan barang import termasuk mat lombok dan bangla hahahaha!

Serius, ok mungkin la sesetengah barang tu kualitinya lebih. Contoh: keta. Sampai sekarang kulit luar Proton itu bersilih ganti, masalah kualiti tak pernah selesai. Belum lagi masuk teknologi enjin yang masih takdak. "Proton baru lagi, baru 20 tahun lebih." Abih tu agak-agak Honda, Toyota, Hyundai tu berapa ratus tahun baru depa bersaing dengan kereta Eropah? Tapi, kereta tu lain tau. Kereta bukan macam baju, atau kasut, atau beg. And that, I mean a decent car, a tool that we need to fulfil our daily tasks.

Aku tak rasa baju buatan GAP tu lebih torn-proof daripada baju, katalah yang dari kilang di Jinjang (eh ada ke?). Dan sebenarnya baju-baju tu sangat nipis dan jarang (baju summer, mustila kena nipis). Aku kat sini pakai baju 2 lapis, dress dan baju lengan panjang kat dalam. Bukan sebab saja suka-suka atau trendy ke hapa, sebab sejuk.

Dan keduanya baju dress kat sini nipis, lengan pendek, atau takde lengan langsung. Baju lengan panjang ada, tapi body hugging atau pun pendek, jadi bila dikombinasi dapatla baju yang 'agak' decent. Pastu tengok-tengok yang kat malaya pun pakai stail yang sama. Huh! Hangpa tak panas ka pakai 2-3 lapis ni? lagi, dalam berlambak-lambak baju kemeja dan blouse yang sesuai, awat yang body hugging dan pendek jugak yang dipakai? You have it, you flaunt it, so don't shout "pervert' to people when they stare at you. You, attention seeker! Bodoh! Sama bodohnya dengan budak-budak yang tergedik-gedik nak jadi selebriti. Bila dah dikenali tak reti-reti nak jaga diri, buat perangai. Lepas tu melalak-melalak pasal privasi, pasal orang bergosip.

Pakai baju, tersembul-sembul brand "GAP", "TOPSHOP", "George". Atau aku patut berbaik sangka semuanya membeli sebab suka dengan bajunya, bukan semata-mata sebab jenama?

Tu baru baju, kasut dan beg? Oh, dan yang lelaki pun sama obses. Armani, Valentino, Ferragamo, LV, macam-macam ada. Bukan pompuan saja. Yang tak mampu beli original, bersepah-sepah yang tiruan di pasaran. Tiruan pun ada gred jugak hahahahaha! Lagi teruk, yang beli pakai kad kredit lepas tu berapa tahun dok membayar. Oit, riba tu. Kalau tak mampu, tak perlu la beli yang immitate semata-mata sebab jenama. You don't deserve it.

Perfume pun ada "inspired". Oh, dan kosmetik pun ada immitate jugak. Gila la semua orang. Pakai barangan berjenama ni lambang status katanya, jadi kalau lebih mahal jenama tu lebih tinggi la kelas kita kan? Oleh sebab status dan kelas atasan, kita kena pakai bra dan spenda import la kan. Kalau boleh, matipun nak berkain kapan cop LV. Malaikat takut sikit nak soal-siasat orang yang berkain-kapan LV atau Valentino agaknya.

Thursday, April 14, 2011

MYO- Baked beans

Pagi Sabtu yang kudus, aku cuba masak baked beans, tapi bukanlah from scratch. Tetiba muncul keinsafan nak mengurangkan pengambilan kalori, karbohidrat dan unsur-unsur yang membahayakan kesihatan. Baked beans dalam tin tu bukan ka penuh dengan garam-garam dan gula? Jadi, konon-konon sarapan ala omputeh la ni. Kata ahli pemakanan kalau kita makan protein waktu pagi takla cepat lapaq sangat menjelang tengah hari.

Bahan-bahan utama-kacang canellini dalam tin (tak koser nak merendam dan merebus kacang kering), tomato, isi ayam, bawang besar dan bawang putih. Garam dan lada sebagai perasa jangan dilupa pulak. Roti tu ikut sukala nka jenis mana pun, kalau nak roti perancis tu pun boleh takdak masalah.

Kacang segera dan tomato yang dah dicincang.


Tumis bawang-bawang dan daging ayam.


masukkan tomato, pastu masak sampai tomato tu lembut. Masukkan kacang dan kasi rasa.
Percubaan pertama buat poached egg dalam air. Biasanya masak dalam oven mikro, tapi masak guna oven macam tak best sangat teksturnya. Fail! Ayaq sikit sangat sebab patutnya paras ayaq tu menenggelamkan teloq. Teloq kuning sepatutnya berbungkus teloq putih. Tapi teksturnya lembut la. Sedap!
kalau nak kat internet macam-macam video ada tunjuk nka buat poached egg ni. Salah satunya klik sini

jangan lupa panas roti tu dulu kasi garing. Letak kacang dan telur. Siap! hehehehehe

Friday, April 01, 2011

Pencen

La ni dah pencen dah daripada menega nasi ngan kek. Pembantu di dapur dah balik kampung jadi tokei kedai tak berupaya la nak buat semua. Mana dengan tesis yang tak siap-siap (mana nak siap kalau tak buat kan? ekekekekeke). Pencen ni kira persediaan la nak meninggalkan rumah aku kat Charles Street yang tercinta ni.

Oh, ada yang ingat aku seronok sangat duk sini sampai tak mau balik. Ya betul! Memang seronok duk sini, barang murah (relatively). Dalam keadaan kewangan yang runcing, belum sampai tahap pi cari siput babi buat makanan. Roti sebuku 800g tu £0.70, kat tanah tumpah darah tercinta boleh dapat ka? Rega makanan relatif dengan duit murah. Gaji £1000 tu bagi aku dah mewah, kalau gaji RM1000?

Tapi seperti yang aku sebutkan, tanah tumpah darah tercinta (walaupun kat sini pun ada jugak darah tertumpah), aku tak punya semangat perantau yang kuat. Kalau nak merantau lama aku kena bawak semua ahli keluarga hahahahaha!

Jadi, aku sebenarnya nak balik sangat. Meluat sangat dengan sistem dan polisi, tapi aku tetap cintakan negara sendiri. Kalau orang nak ukur patriotiknya aku dengan kibaran bendera kat keta aku, then I'll never be patriotic enough to them. But, then again, am I bothered?