Free Delivery on all Books at the Book Depository

Monday, September 13, 2010

Eid Mubarak!

Eid Saeid! Kali kelima beraya aidilfitri di Glasgow. Rindu nak beraya di Pendang tak terkata, tapi aku yakinkan diri bahawa peluang beraya di obersi ni bukan senang nak dapat. Ada orang sanggup berhabis untuk berpuasa (ye ke?) dan beraya obersi, maka aku kena bersyukur dengan nikmat Allah ini. Doakanlah hamba Allah yang lemah ini diberikan kekuatan, ketabahan, kerajinan dan kecerdasan akal fikiran menghabiskan perjalanan yang berliku ini.

Sunday, September 05, 2010

Kuih Tako

Kuih ni biasanya diisi dalam daun pandan. Tapi mahai depa juai, 4 kotak tu dah seringgit. Dah la mahai kecik pulak tu kan. La ni tak tau la kot lagi mahai. Dedulu ingatkan ekslusif sangatla, nak buat kena pakai tepung hoen kwe ka pa namanya. Resepi ni lagi senang la, terima kasih pada sahabat Izinni yang sudi menyelongkar kitab lama untuk mencari resepi ni. Dah dua kali buat dalam bulan posa ni dan komen orang yang telah merasa sangat memberansangkan nampaknya. First time buat tak guna bekas kecik, susah sikit la nak memotong sebab tekstur kuihnya lembut. Second time buat tu aku buat satu bekas besar untuk bawak ke jemputan buka posa, satu lagi dalam bekas pelastik kecik untuk ditinggalkan kat umah.

ni yang mula-mula buat, terpeleot saja bila nak potong sebab lembut sangat...ijau tu letak pewarna saja, tak kuasa nak membeli pandan yang mahal itu semata-mata nak dapatkan jus dia


Bahan:

Lapisan Bawah

1 cawan tepung jagung [kurangkan sikit dalam 2 sudu kecil]

1 cawan gula

4 cawan air

pewarna hijau @ jus pandan

sengkuang cina/jagung manis

1. Bancuh rata dan masakkan atas api/dapur sampai likat pekat.

2. Masukkan sengkuang atau jagung manis.

3. Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan / bekas plastik kecil / loyang.


Lapisan Atas

1/2 cawan tepung jagung

4 cawan santan pekat

garam

1. Kacau rata dan masakkan atas dapur sehingga pekat.

2. Tuangkan atas adunan hijau tadi.

3. Dah sejuk bolehla dimakan.




kali kedua buat...


semangat beli bekas pelestik tu semata-semata nak buat tako...


selalu hat juai tu lapisan atas dia tebal sikit...yang ni main senduk saja...