Free Delivery on all Books at the Book Depository

Friday, December 31, 2010

Resepi: Daging Masak Goulash (Beef Goulash)


Goulash ni berasal daripada perkataan Hungary - gulyas. Ala-ala stew la jugak, boleh jugak dicairkan kuahnya untuk menjadi sup ala-ala minestrone. Resepi ni diubahsuai daripada buku Winter Warmers, untuk selera aku perlu ditambah cabai kering. Kalau ikut lidah depa ni langsung tak pedas la...

Bahan-bahan
2 cmb minyak
1 labu bawang besar-dicincang
1 ulas bawang putih-diketuk
1 cmb cabai kering mesin
750g daging batang pinang-dipotong tebal lebih kurang 1"
2 cmb paprika - paprika memberi warna merah, tapi tak pedas
1 tin (425g) tomato cincang
2 cmb puri tomato
1 biji lada benggala-dipotong-potong
175g cendawan- dihiris (agak-agak saja cendawan ni, nak tambah atau kurang pun boleh)
600ml air rebusan daging-atau boleh gunakan air dan kiub pati daging saja
1 cmb tepung jagung dibancuh dengan 1 cmb air
4 cmb yogurt-untuk dihidang dengan nasi (nak boleh tak nak pun takpa)
paprika, untuk ditabur
daun parsli- dicincang , untuk hiasan

Sayur tambahan (pasai nak menghabihkan stok):
Kentang
Courgette

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih selama 2-4 minit. Depa ni bukan jenis tumis tumis sampai garing, cukup bagi bawang lembut saja. Masukkan cabai kering dan masak lagi.
2. Masukkan daging, kacau rata dan masakkan dengan api yang besar sampai keperangan, lebih kurang 3-4 minit. Pastu perlahankan api, masukkan paprika dan kacau rata. Masukkan tomato, puri tomato, lada benggala, kentang, courgette dan cendawan. Masak lagi lebih kurang 2 minit sambil dikacau-kacau.
3. Masukkan air rebusan daging dan masak sampai mendidih. Kurangkan api dan renihkan sampai daging empuk. Kalau potong daging nipis sikit, lebih cepat masak, tapi jangan nipis sangat.
4. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai pekat dan sebati semuanya. Masak lagi lebih kurang 1-2 minit, masukkan garam dan lada secukup rasa.
5. Sendukkan yogurt ke dalam mangkuk, taburkan paprika.
6. Goulash ditaburkan dengan daun parsli, dimakan dengan nasi dan yogurt.

Friday, December 17, 2010

Xi'an: Luar Kota

Kalau pernah tengok drama/filem Journey to West, satu lokasi yang penting adalah Big Wild Goose Pagoda yang ada di Xi'an. Kononnya seorang sami telah mengembara hingga ke India untuk mencari manuskrip kitab Budhha. Heh, aku pun baru tau pagoda tu kat sini, dan aku pun baru tau kisah pengembaraan tu rupanya betul walaupun adala unsur-unsur tokok tambah di situ. Alah, sejarah melayu pun ada penambahan sebagai penyedap rasa kan? Apa kes orang tersembol dari muntah lembu atau pokok padi? Hahahahaha...ok sudah melencong pulak. Silalah menatap gambar-gambar...





Xi'an: Kota Laluan Sutera

Pagi terakhir di Xi'an. Kredit Internet ada lagi beberapa yuan, jadi eloklah dihabiskan hehehhehe.

Dekat dengan kampus adalah tapak pasar pada zaman dinasti Tang (ke Kang? huhuhuhu), yang juga merupakan pasar pertama dari sebelah timur ni bagi Laluan Sutera. La ni depa ada bangunkan muzium dan pasar barangan antik di atas tapak tu. Ada la galeri semua tu, selain pusat membeli belah. Jadilah, ada jugak tempat lepak-lepak kan...

rekaan bangunan muzium ikut rekaan bangunan dinasti dulu-dulu

Kenderaan utama laluan sutera

Laluan sutera ni sebenarnya ada banyak laluan, tapi tempat mulanya adalah di Xi'an. Dari Xi'an boleh ikut utara atau selatan, wilayah-wilayah laluan sutera ni antaranya Gansu dan Xinjiang, ada yang lalu ke Kashgar dekat sempadan Pakistan, atau ke atas dekat Asia tengah.

Peta laluan sutera.

Gerbang ke pasar barangan antik


jualan barangan antik






Tongkang zaman dulu-dulu

Sunday, December 12, 2010

3 Bulan

Pi mai pi mai dah 3 bulan kat Xi'an. Masa baru sampai aku pun cuak jugak macam mana la nak habiskan masa kat sini. Dengan berdebunya, dengan tandas hancingnya, dengan makanannya, dengan bahasanya, dengan air panas untuk mandi yang ada cuma 4 jam sehari 7-11 (inikah asal usul kedai 7-11 itu?) malam (kata Fatima memang budaya Cina tak mandi pagi, cuma mandi sekali saja sebelum tidur. Dia pun tak percaya aku berjaya mengharungi 3 bulan mandi pagi dengan air sesejuk ais itu huhuhuhu).

Tugas utama datang ke sini hanya tercapai separuh saja. Separuh lagi, mungkin tahun depan. Aku pun tak pasti. Sebabnya mesin yang telah dipasang itu, masih belum dapat berfungsi sepenuhnya. Proses rekabentuk mesin adalah berasaskan konsep copycat. China memang terkenal sebagai negara copycat kan? Cuma terlalu banyak birokrasi di sini. Menunggu kontraktor datang saja 3 minggu, dah datang tapi tak boleh nak pasang komponen. Sudahnya, tugas-tugas sampinganla yang telah disempurnakan dengan jayanya :D.

Pertama kali masuk tandas awam di Xian Xianyang Airport aku muntah-muntah dulu 2-3 minit sampai berair mata, masa tu dah terasa ngeri nak duduk kat sini. Alhamdulillah bilik asrama tu untuk International Student, jadi taklah teruk keadaannya. Masa sembang-sembang dengan Fatima, aku bagitau dia aku rasa boleh menyesuaikan diri dengan China, kecuali masalah tandas dan orang yang suka meludah merata-rata huhuhuhu...Tapi kalau tempat pelancongan boleh tahan la sikit. Ala tandas kat tempat kita pun bukannya bersih sangat kan, tapi sekurang-kurangnya kalau masuk tandas di bandar takla berbau kan. Bak kata Encik Bakar, "Nak cari tandas boleh berpandukan arah bau." So true..

Makanan masih boleh diterima perut aku. Walaupun ada masa terasa muak juga hari-hari dengan mi, nasi, mi, nasi dan mi dan nasi. Harga makanan berpatutan, macam biasa kalau nak murah banyakkan makan sayur. Sayur sawi dan bak choy yang murah, jadi makan selagi masih murah kan. Jangan menyesal pulak bila tengok harga sawi di Glasgow. Lauk pauk? Mujur tak mengidam sayur lemak, asam pedas atau masak tempoyak. Setakat mengidam nasi lemak tu boleh lagi dilepaskan dengan nasi lemak Pak Nasir Air Asia tu :).

Semalam ke bandar lagi. Beli jeket dan berziarah ke rumah Fatima. Seharian di rumah Fatima. Oh, kali ni tak ada sesi mengaji sebab tak jumpa saudara-mara lain pun :D. Cuma banyak berbincang tentang majlis pertunangan dan pernikahan dia saja. Sempat merasa homemade dumpling, hui ma xi, shi zi bing. Ada ilmu diperturunkan, insyaAllah kalu rajin aku buatla. Kat Malaysia pun susah kan nak cari makanan Cina halal, nak kena ke restoran dan hotel pulak.

Kalau sebelum ni aku tak pasti adakah ini kali pertama dah terakhir aku ke Xi'an, nampaknya nada sudah bertukar. Ada satu ketika aku rasa teringin sangat nak berkenalan dengan keluarga muslim di sini. Allah perkenankan hasrat aku. Aku insyaAllah akan datang lagi, dah ada saudara di sini. Boleh nanti seisi keluarga bercuti ke sini. Seisi keluarga Fatima dah pernah ke Malaysia. Aku jemput lagi, kalau dulu sekadar melancong, kali ni ke rumah aku. Lagipun dia kata tak pernah sampai ke Kedah. Yang jauh kita dekatkan...

Xie xie ni de zhao dai. Hui tou jian..

Friday, December 10, 2010

Puasa

Buat sementara aku sedang berpuasa-menahan diri daripada menonton sebarang klip video youtube, atau download atau upload gambar. Kisahnya, bayaran internet kat tempat aku adalah berdasarkan 10 yuan untuk setiap 6GB.

Yang aku pulak ingatkan 10 yuan sebulan, unlimited. Maklumla dah biasa dengan konsep unlimited ni. Jadinya, setakat ni dah 90 yuan la aku bayaq, masa mula-mula sampai lagi la sakan aku dok nonton youtube. Youtube belajaq bahasa depa pun banyak jugak la aku dok tengok.

Tak tau nak buat apa, dah tu rajin dok upload gambaq pulak. Kat facebook la, kat belog la. Sakan ler. Sekali akaun negatif hahahahaha...

Hari tu aku ada la pi komplen, sebab dah bayaq 10 yuan tapi tiba-tiba lepas 2 hari tinggai 0.97 yuan saja. Sapa tak bengkek kan...

Pi opis IT, satu baris ayat saja boleh cakap, hat lain semua aku bantai omputeh la...depa tak paham cakap omputeh..aku pulak tak paham cakap depa. Mintak tolong pelajar yang ada kat situ la, lama jugak la dok bertekak ngan makcik tu. Dia cakap flow aku melebihi had, ye la 6GB sebulan. Aku dah berapa puluh GB dah. Tapi aku dah bayaq banyak kan... Pong pang pong pang....mujoq la memang depa ada silap sikit baki tu, hilang 2 yuan... tak la malu sangat kan ngan bebudak yang dok tolong translate pergaduhan tu hehehehehehehe....

Saturday, December 04, 2010

Selaraskan saja

"Aku mohon supaya pemimpin yang zalim yang menindas rakyat, mengambil subsidi hak rakyat untuk disalurkan kepada projek-projek yang lebih banyak ketirisan berbanding harga sebenar itu dibalas kezalimannya oleh Allah. Aku tak punya kuasa untuk membalas kezaliman itu."

"Eh! Tak baik doakan keburukan untuk orang lain. Kita kena sentiasa doakan kebaikan untuk orang lain."

"Oh! Aku bukan doakan keburukan dia. Aku cuma minta tolong dengan Allah. Bukankah Allah kata yang dizalimi itu berhak membalas? Bila pulak Allah kata kita kena biarkan saja orang menganiaya?"

"Tapi Allah kata lebih baik kalau kita mohon keampunan untuknya."

"Ya, tapi itu 'lebih baik'. Maknanya kalau kita membalas, kita bukanlah jahat. Allah memberi hak untuk membalas, kenapa pula kamu mengharamkannya? Lagipun aku cuma minta Allah menyelaraskan pembalasannya sahaja. Bukannya minta dilebih-lebihkan. Cukuplah sekadar pembalasan yang selaras."

....

Sunday, November 28, 2010

Lain padang

Masa nak naik flight ke Guangzhou kat LCCT minggu lepas, terjumpa sorang muslimah Sino. Tapi sebab muka Sino ni biasa ada, aku pun tanya ler dia mesia ke dak. Dia cakap bukan, orang Sino. OK, Sino kat mana? "Xi'an." "Hah? Whereabout?" Dia ingat aku tanya Xi'an tu kat mana kot, dia describe la kampung halaman dia. Aku bagitau aku pun nak sana sebab ada kerja. Sempat bersembang-sembang dan bertukar nombor telepon, takut tak jumpa pulak dah nanti. Flight ke Xi'an pun dah tak sama.

Masa sembang-sembang tu dia bagitau nama muslim dia, dan no tepon rumah. Aku pulak nak call rumah takut keluarga dia takleh cakap ying wen, jadi minta tolong member kat opis. Dan paling best mak dia yang jawab tepon tu heran bila ada orang call tanya anak dengan nama muslim, lagipun sedara mara depa takdak sapa tau anak dia dah balik huhuhuhuhu...

Akhirnya lepas sesi tepon dan text, semalam aku pun berziarah ler ke rumah saudaraku itu. Hospitaliti jangan cakap la. Makan, makan dan makan macam orang kita jugak. Dapatla berkenalan dengan keluarganya, ayahnya takdak kat umah sebab keluar berdakwah ke wilayah Gansu. Adik dia pulak sekolah kat asrama. Jadi ada 2 orang saja kat umah. Sesi makan dan sembang-sembang. Cerita pasal orang muslim dia Sino (depa sebut mosilin), pasal larangan berdakwah kepada masyarakat walaupun orang Islam sendiri. Maksudnya, boleh berkumpul di masjid untuk solah, kalau nak buat ceramah besar-besaran memang tak boleh. Kalau berkumpul ramai sikit pun dah kena panggil sebab disyaki nak buat gerakan bawah tanah ke apa. Matlamat kerajaan hanyalah nak suruh rakyatnya kerja dan kerja. Jangan bermasyarakat sangat.

Penganut Buddha lebih bebas. Tapi yelah, ajaran dia bukanlah sangat menekankan kepentingan berdakwah dalam masyarakat kan, lebih kepada individu. Jadi, mungkin tak dianggap berbahaya sangat.

Teringat aku pada Yanen, hari tu dia tanya pasal perbezaan muslim dan Islam. Aku ingatkan disebabkan dulu-dulu kerajaan depa mengamalkan dasar tertutup, rupanya masih berjalan dasar tu. Boleh nak buat masjid, nak solah kat situ. Tapi kalau yang bekerja memang tak boleh ambik masa untuk solah, tak boleh pakai tudung, tak boleh cuti raya. Sebab tak boleh ada unsur perbezaan dengan rakyat lain. Sebab dasar ni ramai muslim pilih untuk berniaga, lebih bebas nak mengamalkan ajaran Islam. Tapi kalau kerajaan bukan muslim kita boleh paham la, pasai pa depa buat gitu. Macam mana pulak kalau kerajaan yang katanya pemimpin beragama Islam macam kat Tunisia, Turki, Algeria yang menyekat amalan Islam? Apabila umat Islam sendiri menzalimi saudaranya, takkan nak mengutuk orang bukan Islam pulak kan....Kat negara kita pulak ada diberi ruang, tapi ramai pulak memilih tak mau beramal.

Lepas sesi makan-makan dan perbincangan, sesi jalan-jalan ke masjid pulak untuk melawat masjid sekitar situ. Lepas tu sesi berziarah saudara-mara pulak. Ya, makan lagi :). Saudara-maranya ramai jugak la yang bertanya pasal suasana di Malaysia, tapi sebab dia sendiri pun belajar di sana, dia saja la yang tolong jawab. Sekali-sekala dia bertukar bahasa untuk mendapatkan kesahihan.

Kat rumah terakhir, anak tuan rumah (pakcik dia) baru saja tamat pengajian dari al Azhar. Lepas sembang-sembang dan solat asar, tiba-tiba semua berkumpul. Sahabat aku mula ngaji surah pendek saja. Oh, ok depa nak mintak pakcik dia check bacaan. Lepas tu mak dia pulak. Lepas tu depa cakap apa ntah. Dia bagitau aku memang depa kalau jumpa sesama ahli keluarga selalu buat gitu, belajar dan berdakwah. Lepas tu pakcik dia buka naskah juzuk 30 dan baca satu surah. Lepas tu mak dia baca lagi surah yang sama. Tiba-tiba dia cakap aku pulak kena baca lepas tu. Haishhhh, boleh ka gitu meh? Macam mana pulak aku termasuk dalam ini cerita? Makcik dan nenek-nenek hat lain takkan tak mau tasmi' kot.

Harusla terketaq-ketaq sora aku, tetiba saja kena ngaji. Ngaji ngan Omm Abd Rahman pun tak gabra camtu tau! Lepas sesi aku, dia pun baca makna surah yang aku baca, opkos la dalam bahasa Sino meh. Pastu, sorang lagi pakcik dia mengambil giliran baca surah al Fatihah. Pastu pakcik dia dok bercakap Arab ngan aku. Aku ngaku dah banyak perkataan yang aku lupa. dah berapa belas tahun wehhhh, nak berkomunikasi pun tak lancar la. Waaaaaaa.........pengalaman sungguh. Tapi sangat kagum, sesi sembang-sembang dan makan-makan keluarga tetiba jadi majlis ilmu gitu. Banyak yang aku belajar daripada depa, kesungguhan mengamalkan Islam membuatkan aku rasa rendah diri. Ni nak kena amik contoh ni. Nanti kita berhalaqah ye Khairyn dan Cik Mol. Kita boleh mulakan masa sesi ayam turki nanti :).

Dan sesi penutup adalah sesi makan-makan stimbot, beg juga penuh dengan bekalan untuk dibawa pulang. Dan aku dijemput datang lagi berziarah, kali ni kira mengejut kat rumah lain sebab rancangannya nak ke rumah saudara yang baru dikenal tu saja. errrr adakah akan ada sesi halaqah lagi? huhuhuhuhu

Upah ngaji hehehehhehe

Saturday, November 06, 2010

Xi'an: Beli-belah

Hari Sabtu adalah hari untuk ke bandar :). Selalu makan dulu siap-siap, kali ni minum neskafe secawan saja sebab ingat nak pi beli snek kat Hui Min Jie. Kat China hari bermula sangat awai, lebih kurang 7 pagi kerja-kerja pembinaan dah start. Kedai pun buka awai. Orang tua atau yang kerja pejabat boleh la cuti hujung minggu, tapi depa tetap bangkit awai. Bangkit saja la awai, tapi tak mandi pun. Pakat dok bertaichi pagi-pagi. Kalau naik bas pagi-pagi, masa tu kan udara dok fresh lagi kan. Boleh bau la ketidakmandian tu. Tabiat semulajadi dah kot depa ni.

medan uni yang ada panggung utama :)

Jadi nak elakkan bau-bau tidak menyenangkan tu, kena la keluaq lambat sikit. Dalam 9 pagi tu udara dah mula tercemar. Bau-bau, habuk dan asap pun dah banyak. Kita singgah ke merket pagi depa.

persediaan musim sejuk


duit memang takleh bawak masuk dalam kubur...boleh pos saja...

sayur segar
segala jenis tofu, tokua dan togeh

jalan masih lengang
oke, dah sampai kawasan muslim...hari ni kita makan roti teloq inti daging

lain sikit la sebab tak bungkus teloq macam kita...dah masak nanti dia sapu kuah daging sikit atas tu lepas tu lipa
yi ge liang kuai - 2 yuan satu

you tiau - cakoi...ramai pulak dok menunggu, tak jadi nak membeli
jeng jeng jeng...maklumla nak raya kan hehehe...tuan kedai ni boleh cakap arab...jadinya proses rundingan harga dibuat menggunakan 3 bahasa ekekekekeke....

a bed of roses...eh breads...sukati ja main letak tepi jalan camtu...roti ni baru masak...tu yang disejukkan atas redai kuih tu ekekekekeke
amekkkkk...jerangkung dalam almari ekekekeke..

dah jauh berjalan...lapaq la pulak
oke...jom balik...ada pertandingan taichi berjemaah kat medan uni

sempoiii...

hasil buruankopiah dari wilayah xinjiang

kiwi keringtadi dah makan mi...jadi beli yang ni bungkus..tokua dipotong nipis dan digoreng...kuah dia pekat macam kuah pasembor tapi takde kacang...


dan jugak ini..apam dan kuih pau berinti kacang

close up sikit kuih apam xi'an ni hehehehehe...


Alhamdulillah....selamat dan kenyang...:p

Friday, November 05, 2010

Kek Epal dan Bingkah Coklat (Apple and Chocolate Chunk Cake


Kisahnya, resepi kek ni aku ambik daripada Iman si budak Saudi itu. Dia pulak katanya ambik resepi ni daripada kawannya dari Austria. Jadi, sebagai tradisi berkongsi ilmu, aku tepek la pulak kat sini untuk disebarkan ke serata alam. Resepi asalnya diberi dalam sukatan ml sebab sahabat aku menggunakan penyukar cecair tu. Aku telah menukarkan sukatan kepada sukatan metrik.


170g mentega-suhu bilik
170g gula (gula kat sini granulnya halus-halus tak macam di kampung halaman tercinta, jadi sila la mesin sikit kasi halus...bukan kasi jadi serbuk tau...ala-ala gula kaster tu..mokata malaih sangat beli la gula kaster tapi mahai la)
4 biji telur saiz besar (5 kalu sederhana)
1 cmt baking powder
280g tepung naik sendiri (kalau pakai tepung biasa guna 1 camca besar)
5 biji epal merah sederhana-kupas, buang empulurnya dan potong dadu lebih kurang 1-1.5 cm.
parutan 1 oren
jus sebiji oren
1 ketul 200g coklat susu - kena patah-patahkan kepada bingkah yang kecik, jangan kecik sangat nanti dia cayaq pulak

1. Gaulkan epal, parutan kulit oren dan jus oren. Lenser tin pembakar kek ( aku pakai yang patsagi 26 x 19 cm). Ayak tepung ngan serbuk penaik.
2. Mesin mentega sampai lembut, masukkan gula mesin sampai kembang. Masukkan telur, satu demi satu, mesin rata lepas masukkan setiap telur.
3. Panaskan oven 180/gas 4.
4. Masukkan tepung dengan teknik kaup balik tu. Adunan dia agak pekat.
5. Masukkan epal dan bingkah coklat.
6. Bakar selama 50 minit, atau sampai masak. Macam biasa sila uji kemasakannya dengan menggunakan lidi. Kalau kena tambah masa, tambah setiap 10 minit dan tengok lagi masak ka dak. Kalau lepas 10 minit tak masak lagi, kurangkan suhu dan tambah masa.
7. Dah masak, bolehla dikeluarkan. Biarkan sejuk dalam 10 minit baru keluarkan. Sila berhati-hati supaya kek tak patah. Sejukkan atas redai kek. Ayak gula aising/serbuk atas kek tu.
8. Potong tebal sikit sebab kek ni ada epal dan bingkah coklat. Boleh dihidangkan begitu saja, atau dengan krim putar, atau dengan aiskrim :)

Thursday, November 04, 2010

Kasyaf

Agak-agak kalau student di Malaysia buat demo, pastu tahan keta PM camni apa jadi? Bestnya kalau aku dapat jadi buat camni. Tanya depan-depan. Dok tanya kat fesbuk tu ingat dia dan ka nak baca?


Musti gelemer aku nanti kan? Gambaq konpem dah kuaq paper. Tapi kasyaf depa kat berita hairan tu musti nampak camni kan...alang-alang Lim Kit Siang yang tak pi berceramah pun ada orang nampak berceramah, ni kan pulak aku yang memang ada kat depan tu kan. Hebat kasyaf orang kita, boleh nampak apa yang tak nampak. Kasyaf tangan syaithon...


Nota: Gambar dan cerita di belog Faisal Tehrani

Wednesday, November 03, 2010

Sakit

Sahabat seflat aku terkena jangkitan telinga. Dia cakap camtu, tapi masa dok cari perkataan dalam buku frasa Mandarin tu dia cakap sakit telinga pun ok la. Janji depa paham...hangpa ingat senang nak menerangkan sakit dalam bahasa depa ni...nak order makanan pun kadang-kadang dia tak paham hahahahahaha

Dia tak tau sebab apa. Dia kata ayaq masuk telinga asainya, pastu jadi cam sakit. Jadi, kawan-kawan alien (ya, depa tak panggey foreigner, depa panggey alien kat kami...) syak mungkin sebab air kurang bersih. Ya, mungkin juga ada kaitan. Kulit aku pun ada masalah jugak sejak sampai sini.

Mak Yanen pulak baru keluar hospital. Dah tua maknya, jadi badan orang sangat sensitif kepada perubahan musim dan perubahan suhu. Keluarga dia pun sakit-sakit jugak. Kat sini bayaran perubatan sangat mahal bagi rakyat tempatan. Yanen kata kalau orang susah tu mati lagi murah daripada berubat. Dia kata memang rakyat sedang menuntut supaya perkhidmatan kesihatan diperbaiki dan rakyat diberi subsidi lebih banyak. Wah! Aku ingat sebuah republik rakyat sangat mementingkan kebajikan rakyat, rupanya sangat kapitalis. Ingat dak hari tu kerajaan depa tawar kerakyatan kat pemain golf Taiwan pastu nak bayar juta-juta tu? Punya la nak menguasai semua sukan, juta-juta dollar tu kalau bagi kemudahan kat rakyat dia lagi bagus kan. Baru saja mengutuk hari tu kena bayar perkhidmatan Internet di universiti, 10 yuan untuk setiap 8GB. Sungguh kapitalis! Kalau RM5 billion untuk bina menara 100 tingkat dilabur untuk kepentingan rakyat, kalau subsidi minyak ditambah tapi naikkan duti import barang mewah bukan ka lebih bagus dan kurang mudaratnya? Eh eh bangunan 100 tingkat tu kat China ka ekekekekekeke....

Sekarang ni aku cuma doa semoga dijauhkan daripada segala penyakit, maklumlah ni nak masuk musim sejuk ada saja la yang meragam nanti. Hangpa doa-doa la sama, maklumla doa kawan-kawan pun mustajab gitu...ekekekekeke

Monday, November 01, 2010

Oh Tuhanku!

Kawan seflat aku mengaku dia dah tak ada kepercayaan agama. Maksudnya dia free thinker. Bila ditanya pasai pa dia tak percaya, dia cakap belum nampak ada tanda-tanda yang boleh dia percaya. Tapi tak pasti ler pulak apa maksudnya free thinker tu. Tapi biasanya free thinker tu maksudnya tak percaya adanya tuhan yang menjadikan dan mentadbir kehidupan la kan.

Pagi tadi dia mangkit lambat sebab semalam sibuk berhalloween. Kami ada kelas pukul 8 pagi. Bila aku gerak dia, dok mamai-mamai tu dia tanya ada pa. Aku tanya dia tak sehat ka pasai dah lambat nak pi kelas. "Oh my God! Oh my God! Oh my God!"

Kalau kita yang muslim ni pun kalau dah mangkit lambat atau terkejut, belum tentu terkeluaq kata-kata macam dia kan. Silap-silap ada ja yang cakap "celaka" atau "shit". Insaf...Semoga dipelihara daripada mengucapkan perkataan-perkataan yang keji.

Saturday, October 30, 2010

Xi'an: Sekitar kota

Memandangkan Xi'an boleh la dikategori sebagai kota lama yang menjadi pusat pentadbiran 13 dinasti, jadi tempat-tempat yang jadi tumpuan pun dah tentulah hat ada nilai sejarah. Pendek kata, walaupun banyak bangunan tinggi-tinggi di Xi'an, semua tu bukanlah daya penarik pelancong mai Xi'an. Dan jugal, walaupun di China ni kos untuk berhibur di kelab-kelab malam dan pub amat mahal, keadaan ini tidak menjejaskan bilangan pelancong yang datang. Pasai pelancong mai Xi'an bukanlah untuk berkelab-kelab, sebaliknya mencari apa tidak ditemui di tempat sendiri. Ala-ala Pak Lah dok mancari al-Ghazali, as-Syafi'e suatu ketika dulu la kwang kwang kwang.....

Tarikan utama adalah tembok kota yang mengelilingi pusat bandar Xi'an atau nama lamanya Chang'an. Tembok kota aktif digunakan sampai ke dinasti Qing yang terakhir sebelum ditumbangkan oleh pemimpin revolusi Dr Sun Yat Sen.

Boleh pilih sama ada nak berjalan, kayuh gerek atau naik keta letrik. Bayaran masuk ¥40, tambah lagi ¥20 kalau nak sewa gerek selama 100 minit atau naik keta letrik. Keta letrik tu perjalanan ke satu stesen ¥5. Ada 13 stesen semuanya mengelilingi kota. Kira sendiri la berapa kalau nak naik keta tu. Aku pulak, nak berjalan tak larat, harusla 3-4 jam baru abih berapa kilometer ntah. Jadinya aku sewa gerek la. Aku dok ingat 100 minit tu sama dengan 3 jam 10 minit. Mai mana ntah terpikiaq 1 jam=30 minit kan. Loi saja kayuh gerek sambil dok ambik gamabq apa semua. Elok saja abih masa tu baru aku teringat sejam=60 minit, jadinya depa bagi 1 jam 40 minit saja la kan. Masa tu baru abih 3suku tembok. Apa lagi, dengan pantas la memecut tapi tetap la kena bayaq sebab lebih masa selama 25 minit.

Pintu masuk ke tembok kota dari bahagian selatan.


pepagi dia ada buat pertunjukan pembukaan
Ada la salasilah pembinaan tembok



Kejang kaki kayuh gerek!

1030 pagi pada hari Sabtu

Stesen ketapi Xi'an

Abih round tembok, boleh la berbondong-bondong menuju ke menara loceng dan dram (Bell tower dan Drum Tower). Kalau agak-agak rajin nak panjat dua-dua menara ni sila la beli tiket berkembar ¥40. Aku tak naik pun, takat nak naik tengok loceng dan dram (beduk ka?) gergasi malas la. Baik aku guna duit beli makanan kan ekekekekkeke

nampak dak bangunan sayup-sayup dalam jerebu tu? Tu la menara loceng tu. 4 jalan utama dari pintu masuk selatan, utara, timur dan barat bertemu di menara ni. Menara ni kat tengah-tengah roundabout. Loceng ni zaman dulu-dulu diketuk pada waktu pagi, yang dram tu pulak waktu petang. Maklumla jam takdak lagi masa tu.


Menara loceng pada waktu makam. Gambaq diambil dari wiki saja. Kamera aku tak mampu menghasilkan gambar night scene macam ni.

Loceng gergasinya. Pun gambaq wiki sebab aku tak naik pun hahahahahaha.....
Ni pulak menara dram tu. Menara ni lokasinya dekat la dengan Hui Min Jie tu. Aku dok lalu sini pun pasai nak pi Hui Min Jie. Ada nampak dram yang besaq tu?



Selain membeli dan membelah kat Hui Min Jie, ada satu lagi tempat tumpuan pelancong untuk beli-beli ni. Dekat saja dengan pintu selatan tembok. Turun tembok tu pi sebelah kanan jumpa la jalan ke Beilin Museum.

Orang yang jual ni kata lukisan tangan, ntah la aku pun tak membelek sangat. Tapi semua gerai ada lukisan yang lebih kurang sama saja.



Buah bersalut air gula