Free Delivery on all Books at the Book Depository

Saturday, June 28, 2008

Lempeng Strawberi

Lempeng Strawberi
(Resepi http://www.cookingforengineers.com)

Bahan A

1 1/2 cawan tepung gandum
3 camca besar gula
1 1/2 camca teh baking powder

Bahan B

1 1/2 cawan susu
3 camca besar mentega - dicairkan (kalau pakai unsalted butter tambah 1/2 camca teh garam halus dalam bahan A)
2 biji telur (besar)
1/2 camca teh esen vanila

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Pukul bahan B.
3. Tuangkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau sampai sebati. Kalau ada gelembung-gelembung tepung tu biarkan je sangat terlebih kacau pulak.
4. Panaskan kuali. Masukkan sedikit mentega ke dalam kuali, sapu rata.
5. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Boleh letak buah strawberi/atau beri lain.
6. Lepas dah masak sebelah, alihkan dan masak bahagian atas pulak dalam masa yang kurang daripada bahagian bawah.
7. Lempeng boleh dimakan dengan madu, sirap maple, dsb. Boleh jugak masukkan dalam freezer. Satu adunan ni aku dapat 9 keping.


Nota: Kelikatan adunan agak tinggi. Jadi kadar pertambahan luas permukaan berbanding masa agak rendah, mungkin boleh jugak kalau nak melenggang adunan macam kuih ketayap kalau nak luas permukaan yang lebih.

Thursday, June 26, 2008

Persediaan musim sejuk 2008

Baru saja summer solstice berlalu dah siap beli winter coat. Tweed jacket £2 di Primark. Aku memang suka gaya retro. Retro 2007 huhuhuhu.....


ps: Rega asal £35.

Tuesday, June 24, 2008

A guide to.....berperasaan

Dalam suasana buntu ni, aku rajin menziarah ke blog lain. Dah tak ingat blog sapa yang aku jelajah hari ni. Tapi semuanya aku cari cerita pasal pengalaman buat PhD. Sebabnya aku pun tengah berada dalam kabus ni. Ada satu tu bercerita tentang betapa mekanikalnya budak-budak sains ni. Sisi estetik tahap zero. Katanya kalau hidup mengharapkan mekanik saja susah nak berjaya. Kemahiran lembut juga perlu ada untuk survival.

Okey, dalam banyak keadaan aku sangat mekanik(?) dan rasional. Seingat aku daripada sekolah sampai habis sekolah, sampai kerja di sekolah, orang selalu komen cakap muka aku selalunya macam tak dak perasaan. Expressionless. Ada la beberapa kali cikgu/pensyarah ingat aku tak paham apa derang cakap, pastu dok ulang balik sebab nampak aku macam blurr saja. Kata sorang cikgu, sekurang-kurangnya cuba anggukkan kepala tanda faham. Jangan tengok dengan muka batu jek, nasib baik mata tu masih boleh berkedip huhuhuhu

Jadi sekarang ni aku buat hipotesis, aku gagal memahami kerja aku sebab aku kurang estetik walaupun terlebih eksotik. Dan agak kurang perasaan. Kelaziman bagi yang lahir di bulan Februari mengikut kata satu email berantai itu adalah tidak pandai meluahkan perasaan.

Untuk lebih berjaya, aku perlu mengaktifkan sisi kanan otak, lebih berseni dan beremosi. Lantas, pelan tindakan aku adalah seperti berikut:

1. Membaca buku-buku cintan jiwang karat tahap gaban untuk lebih membuai perasaan. Contoh: buku terbitan alaf21, siri-siri shopaholic
2. Menonton filem dan telenovela hindi, latin, melayu. Tengok drama melayu macam Spa Q (aku sebut spaq dulu) kat You Tube, jangan asyik dok tengok siri talk show warren buffett, dokumentari pasal megastructure saja.
3. Elakkan membaca the Guardian, Independent, dsb. Alih kepada Daily Mail, the Sun.
4. Elakkan cakap straight to the point. Perlu berlatih menyusun pembuka bicara lebih kurang 20 minit sebelum masuk ke isi penting.
5. Jangan baca sangat berita-berita perang, ekonomi, kewangan dsb. Lupakan tentang bajet bulanan. Tumpukan kepada berita-berita berorientasikan gosip dan sensasi.
6. Banyakkan dengar lagu.
7. Kreatif..kreatif..kreatif...menatang apa kreatif pun aku tak paham sangat.

Takat tu la dulu senarai yang aku dapat. Biar sedikit asalkan istiqamah....

Monday, June 23, 2008

Aktiviti Summer Solstice 2008

Errkk...bukan hari ni. Semalam sebenarnya merupakan summer solstice, kira hari paling panjang ler sepanjang tahun. Jadi secara rasminya, bahagian hemisfera utara bumi telahpun memasuki musim panas tahun ni. Jadi ramai la yang menyambut solstice ni kat Stonehenge, well macam biasa ler orang kat sini macam kat satu tempat tu ler memang suka la mencari-cari sebab untuk mengadakan pesta kan.

Tapi kat Glasgow ni macam biasa la...ujan panas silih berganti. Dengan Gales lagi, angin di sini kalau sapa-sapa yang duduk kat bangunan tinggi boleh la dengar, kitorang panggil angin hantu. Sebab bunyi macam dalam citer seram gitu. Ada bunyi macam budak menangis atau orang memanggil mendayu-dayu.

Hari Sabtu ada miting pasal program jelajah Scotland. Jadi aku pun masakla agar-agar santan. Aku memang bermasalah sikit dengan agar-agar ni sebab selalu sukatan airnya tak sama, serbuk lain stripnya lain. Ikut resepi - 1 bungkus agar-agar. Mana ler aku tau dia nyer bungkus tu banyak mana. Tetah ngan Kak Fah pulak takdak kat umah. Sorang lagi pakar masakan bagi petua, sebungkus agar-agar singgit tu kalau nak keras masuk setengah jag air, kalau nak lembut sejag..ingat nak jugak tanya kalau agar-agar sepaun tiga puluh tujuh pence berapa banyak air nak kena letak huhuhuhuhu....last-last trial & error la ..agar-agar santan ISA (ikut suka aku). Kalau diberi resepi yang memerlukan santan singgit agak-agak nak letak banyak mana eh, tetambah rega barang dah naik ni huhuhuhu...anyway, agar-agar tu ok la boleh dimakan dan takde pulak aku dengar lagi sapa-sapa yang keracunan lepas makan tu huhuhu

Hari ni pulak melawat Bukitgovan. Bawak sekali sebekas lagi agar-agar. Rumah di jalan enet sedang berselerak sebab ada kerja-kerja membaiki (pengubahsuaian?) bilik air sedang dijalankan. Biasa ler, untuk menjimatkan bajet kerja mesti ler mengenakan upah murah (sorang je pekerja) dan kerjanya tak tau bila nak siap. Sembang-sembang ngan tuan rumah. Daripada pasal bilik airnya, study dan yang best dah tentula pasal makan. Masa sembang best la..lepas sembang seksa la menahan kempunan bila teringat nak makan itu ini. Sembang pasal tempoyak la, pekasam la...tiba-tiba saja aku terkenangkan asam tempoyak kepala ikan salmon yang dulu. Berkecur seh. Sambal tempoyak lagi, ikan pekasam goreng dengan ditaburi bawang dan cabai goreng pastu perah asam limau sikit ...waaa sedapnyaaaaaaa. Ni la dia masalah aku, makan, tido dan jalan-jalan huhuhu...

Oh, aku telah menghabiskan duit yang banyak hari ni. Amazon la ni. Beli buku lagik huhuhuhu

Thursday, June 19, 2008

Ini Tidak Adil!!!!

Ya, bukan rezeki. Semoga kalian yang menzalimi akan menikmati tuaian perbuatan kalian suatu hari nanti. Dan aku sangat berterima kasih kerana kalian sudi meniupkan semangat untuk membalas dendam budi atas perbuatan kalian ini.

Monday, June 16, 2008

Aku Sepasang Kasut

Hai, namaku Bendera Itu. Oh, tidak tidak tidak! Aku bukanlah bendera seperti UJ, atau JG. Tempatku bukanlah di atas sana, berkibar megah. Aku cuma layak berada ni telapak kaki saja.

Aku dilahirkan secara pengeluaran massa. Jadi sebenarnya rupa parasku sangat tidak eksklusif. Aku sendiri tak pasti ada berapa ribu klon yang serupa denganku. Kami dikenali sebagai pumps dikalangan masyarakat setempat. Tapi aku sangat berbangga dan takjub dengan rupa parasku. Proud to be British!

Sebenarnya tuan aku membeli aku secara tidak sengaja. Sebabnya dia tu sebenarnya langsung tak berniat untuk berbelanja masa datang singgah di kedai tempat aku dan kawan-kawanku dijual. Dia cuma menemani kawannya yang sebenarnya yang berhasrat nak memiliki klonku SO7. Malang sekali yang ada cuma SO6. Jadi kawan tuan aku tu terpaksa memilih kasut lain yang lebih sesuai. Dia memilih saudara tiga pupuku jua, cuma rekabentuk dan warnanya berbeza walaupun masih mengekalkan ciri-ciri British itu.

Yang tuan aku pulak, mentang-mentang aku ni sedang elok saja dengan kaki dia, sekonyong-konyong saja dia mencuba, dengan kata-kata semangat dan dorongan daripada kawannya itu, kedua-duanya pun berbondong-bondong menuju ke kaunter pembayaran. Kata kedua-dua manusia yang mewarisi kegilaan dan kepapaan itu, apabila mereka memakai aku dan saudaraku, mereka sangat berbangga dan berasa seperti "Britain di tapak kakiku".

Buat masa ni, memang aku yang jadi kasut kesayangan tuan aku tu. Masa mula-mula aku dibawa balik tu, dia nampak macam masih sayangkan si Clarks kelabu dan NB putih oren tu. Si Clarks hitam tu pulak kecoh tak hengat. Tapi dia mula ciwi sejak ada beberapa orang kawannya yang memuji aku comel, cute, cantik. Jadi, memang aku saja yang jadi pilihan alas kakinya kemana-mana. Kata tuan aku tu, banyak kasut yang cantik-cantik, kasut dikakinya jugak yang paling cantik, sebab kena dengan dia dan kakinya yang cantik.

Tambah-tambah sekarang ni walaupun nama saja musim panas, ada masa hujan turun lebat. Si Clarks dan NB tu bukannya tahan lasak, kena hujan terus basah. Tuan aku pulak sensitif tak bertempat, asal saja basah kehujanan lama-lama mula la nak demam dan batuk-batuk.

Oh, sebenarnya pengilang aku itu sangat beruntung kerana beroperasi di Tanah Ratu. Aku membayangkan, kalau lah pengilang aku tu beroperasi di Malaysia sana, mesti dia akan dilucutkan kewarganegaraan kalau cuba membuat kasut dengan rekaan JG. Pasti pengedar, pemandu trak, kalendan trak, pekedai, penjual aku termasuk cleaner kedai tu juga akan menghadapi tindakan yang sama kerana bersubahat dalam penghinaan sedemikian rupa. Tuan aku tu tambah lagi la silap-silap kena buang negara atas sebab menderhaka. Errkk, aku pun sebenarnya tak pasti sangat. Tuan aku la selalu dok cakap macam tu....betul ke?

Wednesday, June 11, 2008

Testimonial

Percubaan pertama membeli dan membelah barang-barang dapur melalui Internet. Leyha la ni dok promosi sangat suruh try. Aku sebenarnya memang tak minat sangat sebab beli barang-barang dapur ni feel dia lain sikit huhuhuhu. Kalau takat beli DVD, CD atau buku kat Amazon tu rasa macam ok la..tu pun selalunya aku dah pi kedai dulu belek-belek isi, skim reading pastu tengok harga..lepas tu baru cari Amazon untuk tengok harga. Kalau murah baru la mula mengorder. Atau kalau nak beli perfume pun kena pi try dulu kat kedai pastu baru mula jelajah sesawang cari harga yang murah.

Tapi dalam takdak dzuq dan feel bersoping tu abih jugak £20 lebih huhuhuhu...banyaknya buah dan sayuran la...pasainya kalau pi beli sendiri pun berat jugak nak mengangkut tu macam bawang, keret, pisang...berkilo la jugak dan macam nak pengsan pun ada sementara nak sampai rumah. Cuma asalnya ingat nak beli beras la sebab susah jugak nak angkut ngan bas. Sekali tengok beras pun dah naik rega sekali ganda. Biasanya aku makan beras campuran long grain ngan basmathi Tesco value (lowest grade-peratusan beras hancur paling tinggi huhuhu) long grain sekilo £0.44 dah naik £0.96, basmathi lak mmg asik naik je daripada dulu £0.49 pastu naik£ 0.76, pastu £0.98, la ni £0.99.

Roti, susu, telur, sayur, buah dan lain-lain pun naik jugak. Cuma kenaikan paling tinggi beras la, ingatkan boleh la makan long grain tu sebab hari macam murah jugak..dah naik pulak rega dia. Jadi, sapa kata orang kat mesia saja yang menderita kenaikan rega...semua tempat pun rega naik...cumanya relative to gaji di sini, rega masih murah la kan. Kat mesia pulak asik dok banding rega barang/minyak je ngan negara-negara lain, tak penah dia bandingkan gaji kan. Cuba bandingkan pendapatan sekali, baru nampak kan.

Alternatif selain beras tu roti, kentang, pasta...cumanya takleh makan sangat makanan yang ada gluten ni...perut intolerance...hari tu seminggu aku try roti ngan pasta...kembung perut huhuhuhu..dah la minyak tentalon takde tak pepasal kena minum air halia pulak kalau idak asik nak muntah jek.

Ok...kesimpulannya..aku masih tetap perlu menyusuri lorong-lorong di kedai untuk membeli barang keperluan harian...sesambil boleh menggunakan deria yang ada..boleh jugak menyegarkan mata dan minda huhuhu

Friday, June 06, 2008

Senarai semak Jun 2008

I. senarai semak belajar
1. artikel untuk abang xiu - asap
2. framework testing - sep
3. laporan kpt - sep
4. artikel lagi untuk iced '09 - oct
add - presentation projek - 4 minggu lagik waaaaaaaa ngeri

II. senarai semak jenjalan
1. kembara bumi thistle - julai
2. hari keluarga di kotabaru - ogos
3. kembara london - ogos
4. balik kampung - nov/dis

III. senarai semak lain-lain - open ticket
1. nasi kerabu untuk ejen (huhuhuhu bisnes telangkai tak menjadi...sib baik klien ni baik)
2. nonton cranford (derma duit kat amazon lagik)
3. kawen (tertakluk kepada perubahan huhuhuhu)