Wednesday, April 30, 2008
Hujan batu di negeri orang
Masa pagi cuaca baik saja. Elok jam 3 lebih masa dekat-dekat aku nak kena keluar pi kerja tu la ujan lebat. Malasnya nak berhujan. Tapi kena la pi jugak. Ingatkan ujan biasa saja. Rupanya ada ais. Huhuhuhu basah kuyup, pakai pulak sportshoes nasib la pakai jeket yang raincoat tu. Sejuk tak terkata ler. Kalau pakai kot labuh tu lagi teruk. Ni tengah pertukaran musim rasanya. Kena hati-hati tak boleh demam atau batuk lelebih takut cik asma datang singgah.
Dental hospital yang bangunan lama pun banjir. Aku sampai terpaksa keringkan semuanya baju,jeans, jeket,stokin, kasut kat radiator, tapi mana ada derang ni pasang radiator, aku la yang pasang. Dah tu lupa nak tutup pulak masa balik tu, habisla semua orang kepanasan dalam changing room tu pagi ni. Tapi takde la kering mana pun. Baliknya kutelan lemsip 2 biji, harap-harap takde masalah.
Ok geng, benda alah ni ada kat umah aku, diterbangkan khas dari Dubai. Aku tak gemar sangat makan benda ni. Sapa nak angkat keyboard huhuhuhu..
Friday, April 25, 2008
Thursday, April 24, 2008
Rajin
System architecture. Pi mai pi mai benda yang sama jugak aku dok tulis. Takdak pembaharuan langsung. Dari dulu dok design system, bila nak pass ke next level pun tak tau. (psst...comey kan tulisan aku)
Komponennya. Ni tulisan bos. Alang-alang dia dok sembang aku suh dia lukis sekali huhuhu.
Wednesday, April 23, 2008
Malas
Dekat kul 7 Margaret pun naik tingkat 9 dan tunjukkan tempat-tempat yang fail tu. Sebenarnya ada yang aku rasa tak teruk mana pun dustingnya, tapi aku tetap buat jugak la. Dia bawak la ke bin stand. Dia cakap berabuk. Aku baru je lap ngan wipe tu.
" Ni kalau derang datang mesti kena la, kotor." Aku pun ye kan je walaupun terang-terang takde abuk pun cuma barang besi lama ada la calar dan karat sana sini. Pastu dia cam tak puas hati dia gi calit kat kaki stand tu, sekali ada la kesan wax, tatau la malaun mana pi dok buang sampah sambil bawak lilin pulak, kesan tu dah lama. Mungkin jugak bin stand ni dibawak dari makmal kat tingkat 2 yang banyak guna guna wax tu.
"Ni yang ni pun takleh biarkan, fail juga nanti, kena guna scrapper." "Ok Margaret."
Pastu dok cari sinki yang kononnya kotor. Aku cakap aku dah cuci. Pastu sambil lalu kat koridor jari dia calir kat wallmount board, kat bahagian atas. "Ni berabuk macam tak penah cuci." "Ok Margaret."
Kat skirting sepanjang-panjang koridor pun kena. "Ni la level yang paling teruk. Antara 8 dan 9, 9 paling banyak abuk macam tak penah buat dusting. Window bay kat tandas pun berabuk. Atas pintu pun berabuk." "Ok."
Pastu dia gi kat pemadam api, " Aaa ni pun teruk." Walhal takde abuk pun, aku dah lap semalam. Pastu depan lif pun kena dia cakap tak cuci. Hari-hari aku mop kat situ. Dia cakap aku tak buff, aku pun ye kan je.
Mesti dia tensen kan, hari tu tingkat 3 dah fail dengan major re-cleaning, sekarang 9 pulak. "Tingkat 9 dan 8 ni sepatutnya tak macam ni sebab dah letak sorang setiap level, dah lama jugak bagi sorang jaga satu tingkat."
Aku ye kan lagi, walaupun nak jugak cakap memang la sorang jaga satu tingkat, tapi berapa hari aku dok kena pi cover orang sana sini, tingkat 7 la 6 la, pastu berapa hari dok turun tolong dia buat dusting kat tingkat 3, sejam sehari. Tapi sesungguhnya aku dah malas nak cakap apa dah, lantak la apa nak jadi pun, 2 minggu saja lagi. Lepas tu aku nak berehat.
Eh, silap silap...belajar
Monday, April 21, 2008
Hello Dolly!
Kat Skudai lagi la banyak pilihan makanan kan. Anyway, cakap kat mak aku sedang berusaha cari menantu mat saleh untuk dibawa pulang, doa-doakan misi aku berjaya. Kurang-kurang pun dapat macam John Thornton pun aku dah cukup bersyukur hehehhe. Oh, dan hari ni pulak ada majlis makan bihun sup utara di Laluan Armadale dengan apple crumble sebagai pemanis mulut dan teh ais limau. Aaaa apa lagi jeles la jangan tak jeles....
Semalam takdak sesi makan besar. The three musketeers (Khairyn, Mimi dan Akuatik saja yang ada, Leyha dan Sue bizi) pi nonton teater muzikal di The King's.
Sebenarnya dah lama la teringin nak pi tengok teater, tapi harga dia 3-4 kali ganda lebih daripada harga tiket wayang. Dok lalu King's ni hari-hari lepas balik kerja, tapi tak terbeli jugak tiket sebab dok fikir kewangan. Ya la, student ni bukannya kaya raya tara mana pun, kena la berjimat-cermat gitu. Kira semalam ni nekad jugak la, dah jumpa pulak geng kongsi gelap yang sanggup berkorban masa dan wang paun untuk ni.
Tiket £14.50 untuk duduk upper circle, tu kira lepas off £3.00 untuk pelajar. Aku rasa macam tak ramai pelajar yang tengok teater kat King's ni, mungkin pakat-pakat pi tengok kat Teatre Royal kot. Persepsi aku ler. Sebabnya, masa nak beli tiket tu, aku tanya pasal rega konsesi untuk pelajar. Budak kaunter tu cakap la dapat £3.00 kurang. Pastu budak sebelah dia tanya ,"Ada harga pelajar? Depa pun tengok teater jugak ka? " Pastu kawan dia pun jawab la. "Ada konsesi la, agaknya nak bagi peluang budak-budak ni tengok teater la jugak kot. Boleh la jimatkan duit depa. " Cara depa sembang tu macam tak penah ada pelajar beli tiket kat situ. Atau mungkin jugak pekerja baru tak penah jual tiket kat budak-budak macam aku hehhehe.
Sebenarnya kami yang beriya-beriya nak tengok ni bukannya tau sangat cerita apa Dolly ni. Sekali masa nak masuk tu, perghhh semuanya golongan veterinar (pinjam istilah Wan Ismail Golok) belaka. Errkk sebelah aku pun veterinar jugak macho sungguh. Kami punya gelak, dia boleh ja senyum-senyum gitu aja. Dah la skema gitu. Tensen duk sebelah pak cik serius tu.
Seat kat upper circle ni kira tinggi jugak. Hiasan dalaman sungguhla Victorian gitu. Terasa macam nonton teater zaman dulu-dulu.
Tapi boleh la nampak jugak cuma takla nampak detail muka pelakon semua.
Latar belakang cerita Yonkers dan bandar New York suatu waktu dulu. Ceritanya pasal Dolly Levi yang menawarkan khidmat telangkai memadankan jodoh orang. Dia dah memperkenalkan Horace Vendergelder kepada Irene Molloy, sampai depa ni dah nak kawin. Horace ni kaya ada bisnes sendiri, tapi sangat kedekut, pekerja dia tak pernah dapat cuti sepanjang bekerja dengan dia. Gaji depa pun dia yang simpan. Sekali Dolly pulak terpikat kat Horace ni. Dan dia pulak berpendapat (sebenarnya pesanan mendiang bekas suami dia) duit yang ada jangan simpan je, kena sebarkan supaya kekayaan dikongsi bersama.
Jadi, terpaksa la dia pasang strategi supaya Horace jadi tak suka pada Irene. Lepas berjaya memadankan Irene dengan pekerja Horace, Cornelius, Dolly terpaksa pulak pasang strategi supaya Horace ni mengaku yang dia cintakan Dolly. Kiranya cerita ni perjalanan Dolly la nak memikat hati si Horace ni, dari Yonkers ke bandar New York. Ada la lagu-lagunya, namapun muzikal gitu. Well, ceritanya hepi ending, last mengaku jugakla Horace yang dia sukakan Dolly, dan semuanya pun mendapat pasangan masing-masing.
Cerita menghiburkan, cerita ni pernah difilemkan tapi dengan teater lagi seronok. Lagu-lagunya ala-ala nostalgik gitu. Yang penting suaranya sampai gitu walaupun menari-nari dengan semangatnya. Takla ke laut, ke sungai atau ke longkang. Produksi dah menang banyak award, dan dah ribuan kali dipentaskan, jadi memangla persembahannya mencapai tahap yang diharapkan. Ceritanya tak la melibatkan orang tua je, ada jugak watak-watak muda tapi aku pun tak tau pesal kebanyakan penonton dah lebih umor pencen. Ada sorang budak tu nampak boring je, macam kena paksa tengok huhuhuhu..
Money, pardon the expression, is like manure. It's not worth a thing unless it's spread around, encouraging young things to grow.
Jadi, calling all the musketeers, apa lagi marilah kita sebarkan duit masing-masing huhuhuhuhu.
Thursday, April 17, 2008
Kerana kau
Benda alah ni dah dua minggu kat dalam peti kat dapur. Dah nak rosak dah. Aku cuma ada beberapa pilihan saja camna nak habiskan. Pilihannya dah tentula dengan barang-barang yang ada kat umah jugak, takkan nak abihkan stok pi tambah stok pulak.
Jadi, jeng jeng jeng............ ni la pilihan aku.
Macam chain reaction pulak kan, sana sini pakat-pakat buat nasi lemak. Cuma aku tadak stok sotong gedik kat umah, ada udang saja maka jadilah sambal udang.
Leyha, maafkanlah daku kerana tak daya nak mengepos ke east end sana, keadaan amatlah tidak mengijinkan. Jadi kukirimkan buat tatapan dikau, nasi lemak dengan ikan bilis, telur rebus, telur dadar, sambal udang, ayam goreng rempah dan timun yang menjadi punca segala-segalanya kepada nasi lemak pada hari ini.
Monday, April 14, 2008
Sibuk
Sebelum ni dah biasa lalu St. Mungo Museum ni. Tapi tak pernah pun singgah. Pendek kata, kalau mataku bertutup pun aku boleh kenal lokasi muzium ni dengan cathederal di belakangnya tu sekali. Muzium ni ada la koleksi artifak ngan maklumat agama-agama utama di dunia. Satu tingkat menempatkan koleksi agama-agama utama di dunia, satu tingkat lagi sejarah agama di Scotland, satu tingkat lagi ada penerangan dan sesi interaktif tentang agama, tingkat atas sekali ada koleksi "beyond visual".
Di belakang St. Mungo Museum ni ada Glasgow Cathedral. Belakangnya lagi ada bandar orang mati "Necropolis". Cathedeal ni sangatlah besar, ada lower church yang ada kubur St. Mungo. Satu-satunya gereja yang terselamat daripada reformasi agama Kristian. Antara sebab penentangan terhadap Katolik adalah bila semuanya terpaksa bergantung kepada paderi, dan jugak penyelewengan wang kebajikan oleh paderi, ahh banyak lagi la. Akhirnya, gereja yang utama di Scotland adalah Protestan Presbyterian, yang menghapuskan bishop daripada hirarki gereja.
II Makan-makan di Laluan Armadale
Menu kali ni melibatkan kejutan gula. Aku bakar kek keret hari Jumaat malam, lepas balik kerja. Semangatttttttt. Memandangkan permintaan orang yang bakal berangkat selepas lulus viva tanpa sebarang pembetulan ( jeles aku). Menu lain adalah cendol idaman Leyha hasil air tangan Mimi dan Khairyn (Leyha telah berjaya mengelat dengan hanya mengirimkan daun pandan sebagai wakil), lengkong longan hasil air tangan penuh kasih sayang Leyha dan krupuk ikan dan udang hasil gorengan penuh kasih sayang Mimi.
III BBC Scottish Symphony Orchestra & IRCAM - Sounds Like Music
Konsert percuma. Janganla expect lelebih kan. Ahaaa, pertama kali nak gi ke konsert yang terkenal dengan keformalannya. Ahli kongsi gelap kali ni 4 orang saja, Khairyn, Mimi, Sue dan aku sampai penat ler memikirkan baju yang sesuai. Takut salah konsep tak boleh masuk dewan pulak nanti.
Konsert ni dibahagikan kepada 3 sesi. Kami cuma masuk sesi pertama dan ketiga. Kenapa missed yang kedua? Ya, walaupun ke konsert, kami ini bukanlah insan-insan yang lalai dan leka. Solat Maghrib jangan ditinggalkan semata-mata untuk ke konsert. Kami solat di pinggiran tangga saja, takde surau disediakan bukan alasan untuk meninggalkan kewajipan huhuhuhuhu.
Sesi 1
Bunyi-bunyian yang seakan muzik. Bercampur baur alami dan sintetik. Bunyi-bunyian Stockhausen. Macam runut bunyi Dr Who, cerita sci-fi tu. Jadi bunyi-bunyiannya bercampur-baur dan agak membingitkan telinga. Suasana pun terasa macam kena campak kat satu tempat yang gelap, pastu dengar bunyi sana sini, budan menjerit, bunyi serangga dan macam-macam bunyi lagi. Yang pastinya, orang di kiri kanan aku sempat la melelapkan diri, termasukla orang depan aku sekali. Yang selang satu tempat duduk dari aku pulak dah tak sabar-sabar nak mengakhiri penyiksaan terhadap telinga hahahhahha.GESANG DER JűNGLINGE (TAPE)- Stockhausen
ITTIDRAXenakis (1922-2001)AURORA
- Scottish Ensemble: guest director, Laurent Quenelle
Xenakis (1922-2001)
- Scottish Ensemble: guest director, Laurent Quenelle
Lepas bunyi-bunyi cerita sci-fi dan seram, ada persembahan Scottish Ensemble. Semua alat muziknya melibatkan string; violin, cello. Muzik daripada Xenakis; Aurora dan Ittidra. Tema muzik Xenakis adalah kosmik, jadi bayangkan la tengak segala fenomena alam tu, macam tu la muziknya. Contohnya aurora, kalau kita tengok the northern light ni cahaya dia bertimpa-timpa kan, macam tu la bunyinya hahahahaha. Jangan harapla Aurora ni bunyi dia macam lagu Caruso yang sedap tu okeh!
Sesi 2
METALLICS
Yan Maresz (born 1966)
- Laurent Bômont, trumpet
- Xavier Chabot, Ircam computer music design
- Gilbert Nouno, Jérémie Henrot, Ircan sound realisation
- Electronics, Trevor Wishart
- Electro-acoustic compositions by Trevor Wishart
Takleh nak komen sebab tak masuk pun!
Sesi 3
Muzik daripada Scottish Symphony Orchestra. Ada soprano lagik! Temanya adalah cerita yang berada antara mimpi dan realiti, perbualan antara Ananda dan Prarakti. Jadi, muziknya melibatkan pengaruh Buddha, ada la bunyi loceng dan buluh semua tu. Interlude siap ada guruh kilat semua la. Dialog antara Ananda dan Prarakti ni lebih kepada Prarakti yang mencari cinta dalam kehidupannya dan kemudiannya menemui cinta melalui Ananda kepada agamanya. Dialog disampaikan melalui nyanyian soprano. Terasa cam tak masuk la soprano dalam bahasa omputeh ni, tak sampai gitu. Sebab bahasanya ringkas dan banyak guna konsonan di akhir perkataan. Jadi lagunya macam tiba-tiba saja mati. Tak macam lagu dalam bahasa Itali atau Sepanyol, ada kesinambungan gitu. Erkkk tak tau nak describe, kesimpulannya aku rasa lebih sesuai lagu kalau soprano elok bahasa Itali saja, lebih merdu gitu. Pastu letak je terjemahan lirik tu. Tapi kalau tenor cam Josh Groban atau Andrea Bocelli nyanyi lagu omputeh sedap jugak kan. Atau mungkin jugak sebab nyanyian Claire Booth ni macam tak kena ngan lagu...EXCERPTS AND 2 INTERLUDES FROM WAGNER DREAM (UK PREMIERE)
Jonathan Harvey (born 1939)
- Claire Booth, soprano
- BBC Scottish Symphony Orchestra, conductor Ilan Volkov
- Ircam computer music design: Gilvert Nouno; sound engineer: Jérémie Henrot (Khairyn, ni mamat yang hensem tu kan)
IV Makan-makan di Jalan Duke
Sesi kejutan gula lagi. Donut yang Leyha beli di London. Glasgow takde nih. Kampung gila ahhh Glasgow ni. Tu yang aku suka tu. Orang kampung lebih mesra ...cam aku hehheheheh. Menu lain Leyha sediakan adalah burger ngan jus oren. Tu pun tolong bakar dagingnya je, lain aku buat sendiri huhuhuhu
Friday, April 11, 2008
Kabur Kabus Kabut
Berita postitif katanya, artikel aku terpilih untuk diterbitkan dalam jurnal, tapi kena tambah lagi la keja. Waaaaaaa.....terasa expressionless sungguh depan dia tadi, nak bagitau aku dah tak konpiden, dia cakap tajuk aku dah terpilih sebab ada potensi bidang baru. Aku dah mula tak ketahuan menatang apa nak tulis nanti. Tensennnnnnnnn!!!!!! Hmmm...rasa cam nak pi tengok teater la wiken ni cari idea.............
Thursday, April 10, 2008
ICADAM 2008
Wednesday, April 09, 2008
Fitna, Islamophobia, Arabophobia
Sebahagian daripada klip respons
Monday, April 07, 2008
Kek Lobak Merah
Bahan-bahan kek:
1 1/2 cawan granulated sugar
1 1/2 cawan minyak jagung/kacang tanah (1 cawan je cukup kot)
4 biji telur
2 cawan tepung
1 sudu teh garam
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk pala
3 cawan parutan lobak merah
1 cawan walnut - dicincang kasar
1 cawan nenas tin - dicincang kasar & diperah air gulanya (jangan letak kalau tak makan nenas)
1 sudu teh esen vanilla
Caranya:
1. Pukul gula, minyak dan telur sehingga kembang (aku guna tangan, mesin takde jadi lama sikit pukulnya)
2. Masukkan tepung, serbuk kayu manis, serbuk pala, baking soda, baking powder, garam dan esen vanilla. Gaul sebati.
3. Masukkan, lobak merah, walnut dan nenas.
4. Bakar pada suhu 180/gas mark 3.5, loyang 9 inci selama 1 jam setengah, luarnya dah gelap (oven aku weng, kalau ikut masa biasa 45 minit - 1 jam je). Atau mungkin jugak cair sangat sebab lepas 45 minit aku test dok berair lagi. Kalau loyang 4 segi tak pernah buat, 13x9 cukup kot.
5. Biarkan lebih kurang 10 minit sebelum diasingkan daripada loyang.
6. Sejukkan kek sebelum sapu frostingnya.
Bahan-bahan frosting:
1 bekas keju lembut/cream cheese
1/2 cawan mentega
3 sudu teh susu segar (letak 2 jek)
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan gula icing (update: letak 1/2 cawan je, tak manis sangat dan lebih sedap)
Caranya:
1. Gaul sebati keju, mentega, susu, esen vanilla.
2. Masukkan gula sikit-sikit. Jangan semangat sangat pukul adunan ni kang cair pulak. Kalau biar lama-lama dia membeku.
3. Sapu ler pada kek.
Sudah-sudah la
Nak tolong dia kena cari seseorang yang dia hormat dan percaya, sebab dia nampak sungguh gembira dengan kerjaya pilihannya (refer pada video temuramah). Aku doakan semoga dibukakan hatinya, dipanjangkan akalnya untuk berfikir.
Dia kata:
I'm a Primark and Topshop girl normally! I felt like Julia Roberts in Pretty Woman.
My clients treat me like a princess. One guy I see in London took me shopping on Bond Street. He bought me a beautiful black Gucci dress for £700 and then took me to Selfridges and told me to pick any handbag I liked.
I'd read Belle De Jour's Diary of a London Call Girl and was fascinated.Depa kata:
I
On behalf of Malaysian citizen, we hope Allah s.w.t will guide Sufiah to the truth path...
Don't waste your talent, Sufiah..
A very sad story of Sufiah...
Ahmad kata:
I really don't understand what the Malaysians are talking about. Her father is a Pakistani and her mother is a Malaysian (does not live in Malaysia anymore). Sufiah is a British citizen. I did not see any Pakistani claiming her as their own. Was she brought up as a moslem or just in the name? Prostitution is still not the answer even if she is a non-moslem! Good Luck Sufiah, you certainly will need it in your cereer of choice.
Amaran bahaya sihir:
Jangan biarkan anak-anak, adik-adik dan saudara mara perempuan anda yang masih muda menonton Pretty Woman, baca buku Belle De Jour's Diary of a London Call Girl atau menonton siri adaptasi daripada buku tersebut walaupun mereka adalah peminat tegar Billie Piper, Richard Gere atau Julia Roberts (errkkk tertengok hari tu kat BBC walaupun aku tak minat Billie Piper).
Namun begitu, anda tidak perlu rasa terhina kalau terpaksa membeli dan membelah di Primark.
Majlis Memanaskan Rumah Edisi Bujangan
Thursday, April 03, 2008
Tak habis lagi
Berdasarkan perbincangan dengan pengamal perubatan Islam dan beberapa petunjuk Ilahi, kami yakin Sufiah sekarang dibawah pengaruh sihir. Oleh itu satu delegasi dari Malaysia yang di ketuai oleh Ustaz Trimizi Zainal akan bertolak dari Malaysia pada 19hb April ini khusus untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah perubatan Islam. Ustaz Trimizi Insya'Allah akan berada di UK selama 1 bulan dan Insya'Allah beliau akan merawat Sufiah sepanjang tempuh tersebut.
Oleh kerana matlamat utama delegasi ini adalah untuk merawat Sufiah ikhlas kerana Allah, kami berharap anda akan dapat memberikan sumbangan seperti berikut:
1. sumbangan kewangan yang ikhlas untuk menampung kos tiket penerbangan, perjalanan, makanan, penginapan selama sebulan dan lain-lain
2. doa dan solat hajat semoga Allah memudahkan kami berjumpa Sufiah dan merawatnya3. menyebarkan kepada orang lain semoga sama-sama berdoa, solat hajat dan memberi sumbangan kewangan yang ikhlas
Melayu di UK (psst: Kak Sofinie ahli persatuan ni ke?)
Wednesday, April 02, 2008
Hero Sufiah
Agaknya depa ingat orang Islam di sini tak wujud kot, sampai perlu bantuan terus dari Malaysia. Tak payah la menteri-menteri tu nak tumpang datang bershopping dengan penajaan penuh. Berapa ramai pelajar Malaysia kat Manchester. Berapa ramai orang keturunan Pakistan, Arab, dan Afrika kat situ. British Muslim pun ramai. Serahkan usaha tu pada masyarakat setempat.
Nak bagi dana untuk dia study, ingat budak tu cam depa ka. Dia tu rakyat British, kalau dia nak boleh aje minta berlambak-lambak fund kat sini, elok bagi je bantuan pada rakyat Malaysia yang nak sambung belajar tapi tak mampu. Kalau dia nak dapatkan bantuan masalah sosial dia tu, berapa banyak NGO yang ada kat sini yang terlibat dalam social works.
Eh, bukan ke hari tu timbalan menteri tu jugak yang cakap kalau dah darurat hukumnya jatuh harus, hmmm
KUALA LUMPUR 1 April – Kerajaan hari ini memulakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’ bagi mencari kaedah untuk membantu menyelamatkan gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Manchester, London (sejak bila Manchester dekat ngan London ni, baik letak Manchester, Edinburgh je lagi dekat).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kempen yang diketuai oleh timbalannya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diyakini dapat menyelesaikan segera masalah gadis itu.
‘‘Kita kasihan. Sufiah gadis bijak. Kita akan bincang cara menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Yadim di sini hari ini.
Hadir sama Dr. Mashitah dan Yang Dipertua Yadim, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.
Semalam, akhbar tempatan menyiarkan kisah malang gadis genius itu yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, yang dipetik daripada tabloid News of the World.
Tragedi itu didedah selepas wartawan terbabit menyamar sebagai pelanggan di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester.
Tambah Ahmad Zahid, kejadian malang yang menimpa gadis yang pernah menjadi kebanggaan negara perlu diberi perhatian dan dia wajar mendapat perlindungan segera.
‘‘Kita mahu Sufiah dibela. Kita akan fikir caranya. Membawa pulang atau mencari dana menyara pembelajarannya.
‘‘Kita tidak mahu kehidupannya terus dibelenggu dosa. Apa yang terjadi kepada Sufiah sepatutnya boleh dielakkan,’’ jelasnya.
Oh, terlebih emosi pula aku ....
Rokok abad 21
Mobile phones could kill far more people than smoking or asbestos, a study by an award-winning cancer expert has concluded. He says people should avoid using them wherever possible and that governments and the mobile phone industry must take "immediate steps" to reduce exposure to their radiation.
Masa awal-awal aku pakai telefon bimbit dulu dah ada kajian kesan radiasi daripada pelbagai model telefon bimbit. Yang sangat mencuakkan aku adalah model Siemens duk tempat kedua paling tinggi huhuhuhuhu. Yang pertama Ericsson, Nokia paling rendah. Tensen aku. Lepas tu tenggelam pulak kajian tu sebab timbul pulak kajian kononnya radiasi daripada telefon bimbit takde kesan mudarat sangat. Tapi memang terasa la kepanasan dan kepeningan kepala kalau lepas cakap kat telefon lama-lama. Cuma aku assume tu kesan jangka pendek saja, ala-ala kesan tengok tivi dari jarak kurang 3 meter ler.
Sekarang ni timbul balik isu ni, agaknya dah banyak kajian kesan jangka panjang kot. Yang paling cuak tu kesan jangka panjang 10 tahun.
It draws on growing evidence – exclusively reported in the IoS in October – that using handsets for 10 years or more can double the risk of brain cancer. Cancers take at least a decade to develop, invalidating official safety assurances based on earlier studies which included few, if any, people who had used the phones for that long.
Puas mengira rasanya aku belum guna 10 tahun, dan walaupun dah guna lebih kurang 8 tahun, aku tak la bergayut sampai sejam setiap hari. Tu la ayat nak menyedapkan hati buat masa ni.
Tuesday, April 01, 2008
Tragik!
Rasanya satu UK dan Malaysia sedia maklum pasal Sufiah Yusof. Di UK dia memang popular sebab masa dia dapat offer di Oxford pada umur 13 tahun, dia merupakan pelajar paling muda. Dan kita di Malaysia pula tumpang bangga sebab dia ada ler asal-usul di Malaysia melalui mak dia walaupun hakikatnya untuk sebarang berita dia dan keluarga dia di UK ni nama Malaysia tak penah naik pun.
Daily Mail menyiarkan komen mak Sufiah bahawa dia memang tak tau pun Sufiah dah memilih jalan hidup yang begitu sebab dah lama putus hubungan. Dan aku boleh sahkan Kak Halimahton bercakap benar yang sebenarnya. Sufiah melarikan diri pada tahun 2000, masa aku berkenalan dengan keluarga Sufiah tahun 2001 mereka sedang bergelut dengan kes Sufiah. Kata Kak Halimahton penjaga Sufiah pada masa tu bagitau derang sedia memulangkan Sufiah kepada keluarganya dengan syarat keluarganya bersedia untuk dirakamkan aktiviti seharian sebab katanya ada pihak cuba mendapatkan rahsia regim latih tubi tu. Dan ada jugak berita yang Sufiah sendiri tak mau balik sebab tak tahan dengan regim latih tubi yang diasaskan oleh ayah dia. Jadi pada masa tu bila orang dok mengata yang keluarganya terlalu mengawal anak-anak, Kak Halimahton cakap orang yang mengata tu tak berada dalam situasi keluarganya. Kami yang ada mendengar saja ceritanya, lagipun aku masa tu tak tau sangat cerita mana nak dengar. Malas!
Adik-beradik Sufiah yang lain ada bersama masa tu. Kakak dan adik lelaki dia tengah study kat Warwick, dunia budak berdua ni cuma rumah dan perpustakaan. Dari pagi sampai ke malam belajar, balik bila perpustakaan tutup. Adik kecik dia masa tu lebih kurang 7-8 tahun, tengah buat persediaan untuk ambik A Level. Macam tak percaya. Mendengar cara belajar budak-budak tu, aku berpendapat sebenarnya derang bukanlah genius sangat. Kalau dari kecik dok buat itu je, memang la cekap kan.
Anyway, yang aku tau pada masa tu keluarga dia memang dah lama tak berhubungan dengan Sufiah. Dan dia bukanlah berkahwin secara Kristian seperti satu khabar angin tu. Suaminya Jonathan memeluk Islam, aku dah ada kat Malaysia masa dia kawin tapi pasangan ni ada datang rumah kawan aku berziarah. Aku difahamkan bekas suaminya yang menggalakkan dia bertudung dan menghayati Islam dengan lebih baik. Dan kawan aku ni la yang frust pulak dengan berita ni sebab Sufiah dulu memang banyak berhubungan dengan dia.
Aku dah tanya kawan aku mana tau dia masih ada berhubungan dengan Aisha kakak Sufiah tu, tapi katanya dah lost contact la pulak. Punah harapanku.....
Aku tak dapat nak bayangkan apa la yang budak ni fikir bila dia pilih nak kerja ni. Agaknya nak mencuba pelbagai jenis kerja la kot. Dia penah jadi tukang basuh pinggan jugak. Mungkin jugak dia perlukan duit lebih banyak untuk buat Masters di London tu. Nak kerja pembantu domestik ni berapa sangat la upahnya. Tapi, ramai budak-budak universiti kat sini memang buat kerja ni untuk dapatkan duit belanja. Agaknya masa fleksibel jadi boleh ler plan untuk masa belajar, tambahan pulak kat sini kerja ni dihalalkan oleh perundangan asal saja derang bayar cukai.
Ditambah lagi dengan didikan dan disiplin ketat yang diterima di rumah, dia mungkin berasa ingin menikmati kebebasan yang ada walau dengan cara yang salah dan pelbagai risiko mendatang. Hanya Dia dan dia saja yang tau.
Oh, dalam berita dalam News of the World mahupun Daily Mail ataupun berita-berita lain sebelum ni, nama Malaysia langsung tak disebutkan kerana hakikatnya dia bukan warga Malaysia cuma dia disebutkan sebagai a strict muslim, walaupun aku tak berpendapat keluarganya begitu dulu. Dan kalau tak sebab nak dapatkan biasiswa di Malaysia, agaknya sampai sekarang keluarga dia tak bergaul pun dengan orang Malaysia.
Terkini: Komen bekas suami Sufiah.
"The reason we split was that I became more observant and Sufiah became less so.Baca lanjut di Daily Telegraph"That took her in the wrong direction, away from the direction in which I wanted to go. The teachings of Islam are fundamental to your everyday life, so when paths diverge in that respect it is a major issue.
"She was confused, really. She didn't know quite what she wanted. She wasn't ready to settle down. Basically, she wanted to be a student."
Terkini II: Kawan aku bagitau family derang semuanya dalam keadaan ok (tenang la kot) dengan kedua-dua kes ni. Dalam berita pun cakap Kak Halimahton tengah nak failkan perceraian. Memang dah lama lost contact ngan Sufiah lebih kurang 3 tahun, dan berita perceraian Sufiah pun diketahui daripada bekas suaminya. Tu je rasanya yang boleh dibincangkan kot, nak cerita banyak pasal Sufiah pun derang tak de berita pasal dia. Nak cerita pasal kakak dia pun, takde kaitan huhuhuhuh
III