Free Delivery on all Books at the Book Depository

Saturday, November 24, 2007

Cerita Siang Malam

Siang

Meneruskan aktiviti kegemaran yang telah beberapa bulan terhenti, pagi tadi aku menemankan Khairyn ke Lanark. Nak menenangkan fikiran dan jiwa kacau katanya. Aku pernah sampai ke kabut Lanark ni masa zaman awal kedatangan dulu, tu pun dagang menumpang. Jadi kiranya aku pun pertama kali jugak ke Lanark dengan pengangkutan awam. Masa sampai tu terpinga-pinga jugak sebab pekannya tak sebesar mana(rasanya pekan kat kampung aku lagi besar dan ternama serata negeri dengan kedai kain lim tu). Destinasi utamanya adalah tempat yang diwartakan sebagai tapak warisan dunia di New Lanark. Apa yang ada kat situ pun tidaklah aku tau, memandangkan bukan aku yang memilih destinasinya. Lanark tempat yang berbukit, jalan ke tapak tu pun tak luas. Ditambah pulak dengan kereta penduduk yang diletak sepanjang jalan, kiranya kalau bertembung kenderaan dari arah bertentangan salah satu kena tunggu untuk bagi laluan kepada yang lain.

Tapak ni rupanya bekas kilang kapas dimiliki Robert Owen. Operasi kilang ni menggunakan kuasa hidro dari Clyde. Sustainable energy gitu. Oh, Owen ni mengingatkan aku pada John Thornton. Sama-sama bertanggungjawab, sama-sama buka kilang kapas, cuma kalau berdasarkan potret yang ada di situ, John Thornton jauh lah lebih rupa parasnya berbanding Robert Owen. Tapak ni dah jadi macam satu perkampungan, sebab Robert Owen siap menyediakan kuarters untuk pekerja dan keluarga. Ada juga kedai di buka di kampung tu.

Lepas selesai bersiar-siaran memfotokan pemandangan, lebih kurang sejam dua pengembara pun kembali ke pekan Lanark. Hanya Khairyn yang aktif terlibat memfoto, aku ada bawak kamera tapi tak mampu nak memfoto. Sebabnya cuaca terlalu sejuk dan aku pula dah salah pakai jeket. Patutnya pakai jeket untuk musim sejuk sebab suhu yang bawah paras beku, tapi aku pakai baju ujan yang dalam spesifikasinya tidak mempunyai lapisan penebat haba. Terpaksalah aku mengorbankan simpanan lemak aku yang dah disimpan untuk kegunaan musim sejuk yang akan datang. Tapi lapisan lemak yang hilang rasanya sudah berganti dengan sekali makan tengah hari saja :)

Lanark 2006 (dari tapak kabut)



Malam
Masa tengah kerja dalam bilik bersih tadi tiba-tiba supervisor datang dan tanya apa yang aku buat masa kena ganti sorang kawan yang tak datang hari Rabu yang lepas. Cuak jadinya aku. Dia tanya sama ada aku ada buff tempat tu. Mati la...

Mana sempat nak buat, terkejar-kejar aku hari tu sebab tak penah buat kerja kat tempat tu. Aku pun ngaku aku tak sempat buff, dah salah kan ngaku saja. Patutnya buffing kena buat tiga kali seminggu. Lepas tu aku pun tanya kalau ada komplen lagi. Beberapa minggu lepas aku dapat komplen pasal bilik loker. Mana taknya, aku sorang buat kerja 3 orang. Apa yang aku boleh buat tu aku buat setakat terdaya. Selain tu, aku jugak telah mengtongsampahkan dua kot makmal. Kot tu diletak dalam tong untuk dobi, tapi aku salah sangka ingatkan tong sampah. Jadi, tak dapekla den nak nolong.

Kata supervisor aku, ketua staf kat tempat yang aku buat kerja tu datang jumpa dia dan pengurus, dia tanya sama ada domestik ada staff baru. Sebabnya bila derang datang pagi keesokan harinya, tempat tu nampak lain. Ayat aktifnya adalah "It's lovely!" Hehehehhe tak sangka pulak aku. Kata supervisor aku, pengurus cakap "She's new up there but she's not new to the building." Oh, berkembang-kembang aku. Supervisor siap bercerita lagi....ada dalam 10 minit kot... dia cakap dia tau aku memang kerja teruk sikit sebab selalu kena hantar buat kerja merata-rata, ganti orang sana sini, tapi dia cakap aku cepat belajar hehehheh hari tu aku dah dengar dia puji aku dengan budak-budak poland tu sebab aku buat semua kerja yang dia bagi pada tiga orang budak-budak tu, semua aku buat dalam masa 3 jam... Terus bersemangat, habis semua tangga dan lantai aku scrub hari ni hahahahah...agaknya kalau datang lagi komplimen camtu, satu bangunan tu aku boleh buat sorang. Punya semangat buat kerja, sampai terlebih waktu tadi hehhehe...

Masa tengah kemas-kemas barang tu pengurus pun datang dan tanya sama ada aku dah tau pasal komplimen tu. Aku pun cakap dah tau dan tak sangka staf situ akan hargai kerja aku hehhehe ayat inesen... Lepas tu dia cakap, ni adalah komplimen yang kedua untuk aku sebenarnya. Huh, tak tau pulak aku pasal yang pertama tu. Bila aku tanya bila dia dapat yang pertama, dia cakap dah lama jugak. Hehehehhe berkembang-kembangan lagi hati aku untuk kesekian kalinya pada malam ni...pengurus tu pun nampak bangga semacam je...dia cakap dia dah cakap dulu kalau aku buat betul-betul aku akan jadi cekap...oh, patutlah mary dan margaret sayang sungguh kat aku, walaupun aku telah menyebabkan staff nurse ngamuk sebab aku buang kot makmal dulu ahaks.......

Dustbuster! (macam anugerah penyapu hehehhe)

Friday, November 23, 2007

Berita Malam

Hari ni Mary bagitau pasal tukar hadiah untuk krismas nanti. Hari Isnin depan buat cabutan nama, tak tau nak beli apa lagi untuk hadiah. Sekitar 5 paun. Nak kena ke amazon lagi nampaknya.

Liputan utama newsnight malam ni dah tentula pasal sidi yang hilang itu. Siap ada emel antara jabatan audit dan irc pasal penghantaran sidi tu, yang mana audit minta supaya irc pastikan penghantaran dengan cara paling selamat, tapi irc balas bagitau semuanya bergantung pada kos. Lepas tu newsnight jemput george osborne, shadow minister untuk buat ulasan pasal kes ni. Oh, berani stesen milik kerajaan menjemput ahli pembangkang muncul secara eksklusif! Belum reda kes hilang sidi dan data 25 juta penerima wang ihsan pembayar cukai, tengah hari tadi lima bekas penglima angkatan tentera berucap di rumah lords menghentam brown yang kononnya tak pedulikan defence ministry. Lepas tu ada konferen bideo ngan defence secretary tentang perdana menteri yang dihentam secara peribadi. Dan menterinya pula sungguh cool sekali menjawab provokasi yang dikemukakan. Dan sungguh nostalgik paparan itu, teringat pula interview menteri penerangan dengan aljazeera minggu lepas, mujur melalui telefon, kalau konferen bideo mesti lagi kecoh seantero...



Gambar dari The Economist, Red Faces Black Week. Teruk Brown ngan Darling kena minggu ni. Bila simon cakap tadi baru aku perasan, si darling ni keningnya masih itam walaupun rambutnya sudah putih. Kadar pemutihan rambut semasa nampaknya lebih besar berbanding keningnya...

Wednesday, November 21, 2007

SiDi Yang Hilang

Hanya dua keping sidi, yang kalau berisi filem yang telah dicetak secara merompak cuma bernilai RM 5. Malangnya yang hilang tu mengandungi maklumat peribadi dan akaun lebih kurang 25 juta penerima benefit di serata negara. Hari ni Pengarah LHDN (HM Customs & Revenue) Paul Gray letak jawatan. Oh, rupanya ini jawatan yang dibayar paling mahal dalam gomen-£198,000 setahun. Baru aku tau rupanya kerja hal ehwal duit ni gaji paling tinggi, menyesal pulak rasanya tak pilih hal ehwal duit ni dulu. Aku rasa lepas ni mana-mana ceramah memilih kerjaya patut letak sekali jumlah gaji purata dan maksima, baru ler senang nak pilih. Letak sekali gaji para menteri dan perdananya, termasuk anggaran jumlah kontrak yang bakal diperoleh oleh diri sendiri, isteri (atau isteri-isteri), anak beranak, saudara mara dan sahabat handai supaya maklumat lebih telus, sepertinya telusnya kotak undi itu. Oh, terasa dapat misleading information pulak dulu.

Cerita tentang sidi lagi, menteri kewangan tetap berdegil tidak akan meletak jawatan kerana berasa bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan. Oh, sungguh bertanggungjawab si Darling ini. Siapa lagi yang layak kalau bukan dia, yang patut letak jawatan itu adalah junior official yang pepandai kirim sidi tu guna TNT, atau kalau di kampung sana kita suruh dia amik VSS saja. Bayar sedikit saguhati atas keupayaannya menghilangkan sidi itu. Di sini kecoh-kecoh data hilang, di kampung sana pun kecoh juga, ada data yang tak hilang-hilang, ada data bertukar pengkalan kerana terlampau lutcahaya, sehingga zatnya bersatu dengan cahaya tujuh spektrum dan tiada wujud lagi. Atau mungkin juga masih wujud dan menjadi data hantu.

Madu Tiga

Dah lama aku bertapa dari membeli belah atas dan luar talian. Perasan dah kebal sikit, aku pun terus ke amazon minggu lepas, dan bersiar siar di city centre.
Rupanya ilmu kebal tak menjadi hehehehe....dan hasilnya...


Jumlah yang tiris dari kad plastikku = GBP 45.45

Ada lagi bakal tiba lagi sehari dua, yang kemudian ini dibeli atas talian di amazon pada malam sabtu lepas....bertirisan lagi kad itu

Entah bila akan dibaca, sekarang ini sedang memadukan The Gift of Rain, Adik Datang dan The Road to Mecca (sekarang ni orang sibuk minta supaya disebut Makkah dalam semua bahasa supaya tak jadi Mecca Bingo ).

oh, ada lagi hasil cubaan ilmu kebal aku....



..cadbury selection tu sebenarnya 2 for GBP6, ada sekotak lagi aku bawa ke rumah kawan, sekotak ini pun ingat nak dijadikan buah tangan ke rumah orang jugak, tapi tak sempat sebab dah jadi buah mulut aku hehhehe...menjadikan jumlah ketirisan aku kali ni GBP 61.45

Monday, November 19, 2007

Tewas Bermaruah

Ya, mimpi Tartan Army dipunahkan oleh juara dunia di Hampden Park semalam. Tewas tapi bermaruah pada aku. Siapa sangka skuad yang namanya di tempat ke 88 dua tahun lepas, tahun ni skuad ke 13 terbaik dunia.

The Winter Of Life by Robert Burns

But lately seen in gladsome green,
The woods rejoic'd the day,
Thro' gentle showers, the laughing flowers
In double pride were gay:
But now our joys are fled
On winter blasts awa;
Yet maiden May, in rich array,
Again shall bring them a'.

But my white pow, nae kindly thowe
Shall melt the snaws of Age;
My trunk of eild, but buss or beild,
Sinks in Time's wintry rage.
Oh, Age has weary days,
And nights o' sleepless pain:
Thou golden time, o' Youthfu' prime,
Why comes thou not again!


Musim dingin skuad bolasepak Scotland telah berlalu, bila agaknya Ice Age skuad Malaysia akan berakhir?

Saturday, November 17, 2007

The Bewties of the Fute-ball

Tribuit untuk Tartan Army yang petang ni akan turun menentang squadra azzurra kat Hampden Park. Kat city centre mesti penuh ngan orang ramai hari ni.

The Bewties of the Fute-ball

'Brissit brawnis and
brokin banis
Stryf, discord, and
wastit wanis
Cruiket in eild, syne
halt withall-This
are the bewties of
the fute-ball


by Anonymous

Wednesday, November 14, 2007

Terbelenggu

Sungguh sungguh aku ini berada bawah tempurung...kononnya dengan blog ni bolehla menulis...sama ja nampaknya

2-3 hari ni aku dah ada klip feberet...hiburan tatkala tensen...pulis kata jangan...